LESEN VOKASIONAL yang dikeluarkan oleh JPJ adalah seperti
GDL, PSV dan sebagainya. Dulunya lesen
vakosional ini dikeluarkan dalam tiga KAD iaitu
PSV, GDL dan konduktor dengan bayaran RM20.00 setahun. Namun mulai 15
Mac 2013 lesen vokasional ini hanya
dikeluarkan dengan satu kad sahaja
dengan bayaran sebanyak RM20.00 setahun.
1. PERMOHONAN
BARU UNTUK MENDAPATKAN LESEN VOKASIONAL
Semua permohonan baru untuk mendapatkan
LESEN VOKASIONAL hendaklah mematuhi syarat-syarat berikut :-
a. Telah
lulus ujian kesihatan sepertimana yang disyaratkan.
b. Telah
menghadiri kelas teori dan latihan praktikal sebagaimana disyaratkan.
c. Lulus
ujian teori dan praktikal sebagaimana disyaratkan.
2. UJIAN
TEORI
a. Ujian
teori terbahagi kepada empat kategori seperti berikut :-
i.
Lesen kenderaan barang (GDL) termasuk
motosikal.
ii.
Lesen kenderaan perkhidmatan awam (PSV) bas
termasuk bas mini/van.
iii.
Lesen kederaan perkhidmatan awam (PSV}
teksi/kereta sewa/teksi mewah.
iv.
Lesen konduktor.
b. Semua
calon bagi lesen perkara i hingga iii adalah lulus ujian teori sekiranya
memperolihi sekurang-kurangnya 42 markah daripada 50 markah (sebanyak 50 soalan
disediakan).
c. Bagi
pemohon lesen konduktor pula seperti perkara iv adalah lulus ujian teori
sekiranya memperolihi sekurang-kurangnya 32 markah daripada 40 markah (sebanyak
40 soalan disediakan)
d. Masa
yang diperuntukkan adalah selama 60 minit bagi perkara i hingga iii dan 45
minit bagi perkara iv.
e. Keputusan
ujian teori dikeluarkan dengan menggunakan sijil lulus ujian JPJL 12.
f. Bagi
calon yang lulus ujian teori boleh dibenarkan mengambil ujian pratikal
serta-merta.
g. Manakala
calon yang gagal ujian teori pula boleh memohon untuk menduduki semula ujian
tersebut sekurang-kurangnya satu minggu dari tarikh gagal ujian.
3. UJIAN
PRATIKAL
a. Tidak
seperti Ujian bahagian ll dan lll semua
elemen ujian pratikal bagi lesen vakosional dirangkum menjadi satu.
b. Calon-calon
akan dinilai berdasarkan kepada kemahiran memandu pada semua peringkat dan
penentu lulus atau gagalnya sesaorang calon itu adalah bergantung kepada
prestasi pemanduan secara menyeluruh.
c. Ujian
pratikal bagi lesen vakosional hanya boleh dilaksanakan selepas lulus ujian
teori.
d. Ujian
pratikal bagi lesen vakasional hanya diwajibkan bagi kategori berikut :-
i.GDL
(Motokar Berat Bersendi)
ii.PSV
(Bas)
iii.PSV
(Teksi/Kereta Sewa/ Teksi Mewah)
e. Bagi
lesen vakosional seperti kategori berikut adalah dikecualikan daripada ujian
pratikal :-
i.GDL
(Motokar Berat Kejur)
ii.GDL
(Motor Ringan)
iii.GDL
(Motosikal)
iv.PSV
(Motokar Ringan –bas mini dan van)
v.
Konduktor
4. JUMLAH
LATIHAN
Semua pemohon hendaklah menghadiri kelas
teori dan pratikal selama tempoh yang di tetapkan seperti berikut:
KESALAHAN
|
MATA
DEMERIT
|
LATIHAN
PRAKTIKAL
|
JUMLAH
JAM
|
GDL (Motokar Berat Bersendi)
|
7
|
8
|
15
|
GDL (Motokar Berat Kejur)
|
7
|
-
|
7
|
GDL (Motor Ringan)
|
7
|
-
|
7
|
GDL (Motosikal)
|
7
|
-
|
7
|
PSV (Bas)
|
7
|
8
|
15
|
PSV (Teksi/Kereta Sewa/ Teksi Mewah)
|
9
|
5
|
14
|
PSV (Motokar Ringan –bas mini dan van)
|
7
|
-
|
7
|
Konduktor
|
6
|
-
|
6
|
UNTUK MAKLUMAN INSTITUT MEMANDU SINAR TIDAK
MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN UNTUK MENGAMBIL
LESEN VAKOSIONAL INI.
Bagi mereka yang tinggal
di sekitar PADANG SERAI, TASEK GELUGOR, KULIM dan KUALA KETIL yang ingin
mengambil lesen kereta,motosikal dan OKU boleh datang terus ke Pejabat Institut
Memandu Sinar di belakang stesyen minyak
Shell,Jalan Kulim- Padang Serai. Program myLESEN untuk lesen motosikal dengan bayaran
RM299.00 masih berjalan.
Institut Memandu Sinar
merupakan PUSAT SEHENTI dimana semua urusan pembelajaran dan ujian akan
dijalankan di sini. Institut Memandu Sinar
mempunyai pasarana yang baru serta mempunyai
tenaga pengajar yang profesional dan peramah dan pastinya akan memberikan keselesaan kepada peserta kursus.
Keterangan lanjut sila hubungi
talian 04-485 1125 atau 04-572 1125
Sekiranya anda lapang
boleh juga layari FB Page kami.
https://www.facebook.com/Institut-Memandu-Sinar-Sdn-Bhd-1442503369380399
Tuan/ Puan saya ingin bertanya tentang renew lesen vocasional malaysia. Saya dengar mau buat booking online baru bolih ke JPJ. Tapi aunty tak tahu macam mana nak booking. Jadi saya harap Tuan / Puan bolij ajar saya. Tkasih.
ReplyDelete