Lesen Memandu Percubaan Boleh Batal


Pihak JPJ tidak lagi mengeluarkan terus lesen memandu kepada calon yang baru lulus ujian. Pihak JPJ akan mengeluarkan Lesen Memandu Percubaan. Lesen memandu percubaan ini diberikan  dakam tempoh 2 tahun dan dikenakan beberapa syarat untuk mendapatkan lesen memandu penuh.

Syarat-syaratnya seperti berikut :-

a.       Pemegang lesen memandu percubaan diwajibkan untuk mematuhi beberapa syarat semasa memandu di atas jalan raya. :

i.                     Membawa lesen memandu percubaan bersama-samanya
ii.                   Memastikan kadar alcohol dalam nafas, darah dan air kencing 0.00%.
iii.                  Mempamerkan tanda pengenalan ‘P’ di hadapan dan di belakang kenderaan.

b.      Pemegang lesen percubaan  yang didapati melanggar mana-mana  syarat-syarat tersebut diatas, adalah melakukan kesalahan di bawah Kaedah 15A. . Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Lesen Memandu) 1992 dan boleh didakwa di bawah seksyen 119 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Jika sabut dengan kesalahan itu, bagi kesalahan pertama boleh didenda RM2000 atau 6 bulan penjara. Bagi Kesalahan kedua dan seterusnya boleh didenda RM4000 atau 12 bulan penjara atau kedua-duanya.

c.       Sabitan kesalahan ini juga akan mengumpul mata demerit seperti berikut :-

KESALAHAN
MATA DEMERIT
Gagal membawa lesen Memandu percubaan bersama-samanya
5
Gagal memastikan kandungan alcohol dalam darah, penafasan dan air kencing pada tahap 0.00%
5
Gagal mempamerkan pelekat ‘P’ di hadapan dan belakang kenderaan
10

d.      Pemegang lesen memandu percubaan  juga akan dikenakan mata demerit sekiranya melakukan kesalahan berjadual lain  di bawah system mata demerit KEJARA.

e.      Mana-mana pemegang lesen memandu percubaan yang telah mengumpul 10 mata demerit atau lebih akan menyebabkan lesen memandu percubaan  dibatalkan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia.

f.        Sekiranya lesen memandu percubaan dibatalkan, sesaorang itu dilarang memandu, memegang atau memohon apa-apa lesen termasuk lesen  belajar memandu bagi tempoh 12 bulan daripada tarikh penyerahan lesen memandu percubaan.


Selepas tempoh larangan, sesaorang itu hendaklah mengulangi semula proses latihan dan ujian untuk mendapatkan lesen memandu dan akan dikenakan tempoh percubaan sekali lagi

Bagi mereka yang ingin mengambil lesen motorsikal boleh datang terus ke pejabat Institut Memandu Sinar di belakang Stesen Minyak Shell Jalan Kulim Padang Serai. Datang sekarang kerana Program myLESEN masih berjalan dengan hanya RM299.00. Keterangan lanjut boleh berhubung ditalian 04-485 1125 dan 04-572 1125.

Boleh juga layari FB Page :


Comments

  1. Kalau sekarang, tidak pamer P, kena saman. Lesen batal jugak ke? Sebab dulu mata demerit 10 dah batal. Start 2017, 20 mata baru batal.

    ReplyDelete
  2. selagi boleh cekit duit rakyat selagi tu otak hang bergeliga..
    bayar utk dptkn P, bual hal sikit tarik balik P, kena bayar balik utk ambik lesen P.. double dapat duit.. bijak2 ...

    ReplyDelete
  3. Ni kalau pegang lesen p,kena saman gdl.kena demerit jugak ke?

    ReplyDelete
  4. masih dalam percubaan..(p)kena saman tak pakai helmet.. apa infek kepada pemandu lesen p?

    ReplyDelete
  5. Sy kena Saman gagal pamerkan L di motosikal,adakah lesen sy boleh dibatalkan..xkn lesen kereta sy boleh terjejas juga

    ReplyDelete
  6. Kalau license P saya hilang macammana ye 🥺😭 saya tkboleh memandu selama 2 tahun ke mcmmana

    ReplyDelete
  7. Kalau license P saya hilang macammana ye 🥺😭 saya tkboleh memandu selama 2 tahun ke mcmmana

    ReplyDelete
  8. Bleh x kalau pemandu berlesen percubaan memandu seorang diri

    ReplyDelete
  9. Saya dalam tempoh P. saya pernah terbabit dalam kemalangan semasa dalam P. Boleh tak saya renew lesen? tlg sgt bantu jawab

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kemalangan awak menyebabkan Lesen P awak dbatalkan ke?

      Delete
    2. Saya pon kemalangan semasa lesen P dengan kenderaan lain dan kes ni belum tahu keputusan.. jadi nak tanya lesen P awak kena tarik ke?

      Delete
  10. sy pegang lesen p dan kene saman atas kesalahan langar lampu isyarat,lesen bleh d gantung ke atas kesalahan tersebut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lesen awak kene gantung ke lepas kene saman langgar lampu isyarat?

      Delete
  11. yang tidak ade lesen punya kena tangkap pun kena saman shj yang ada lesen p cuma tk nampal p shj pun kena batal lesen

    ReplyDelete
  12. Pemandu mabuk releks saja walaupun melibatkan kematian mangsa

    ReplyDelete
  13. Jika masih dalam tempoh percubaan lesen P, saya disaman kerana tidak mempamerkan no plat di motosikal. Adakah lesen saya digantung atau dikenakan mata demerit? Apa akan jadi pada lesen percubaan saya?

    ReplyDelete
  14. Saya baru je kena saman jpj 15/1 lps, dah pun settlekan saman jpj harini atas kesalahan x pamerkan "P" pada motosikal..lesen Saya terbatal ke nanti?tarikh lesen tu tamat tempoh 2024

    ReplyDelete
  15. Saya baru upgrade lesen saya hari ini dari B2 ke B full kat JPJ... tapi lesen tak ada perkataan "P"... jadi mestikah saya paparkan sticker "P" kat kenderaan saya?

    ReplyDelete

Post a Comment