Mulai 16 Julai 2013, Kerajaan telah memperkenalkan lesen
memandu bentuk baru. Lesen memandu yang terlibat adalah lesen memandu percubaan
dan lesen memandu kompeten.
Bagi lesen memandu bentuk baru yang di pohon di pejabat JPJ
atau UTC JPJ. Pemohon diberi pilihan sama ada membawa gambar warna sendiri
(berukuran 25mm x 32mm dengan latar belakan putih), atau mengambil gambar
dikuanter atau menggunakan gambar Mykad.
1.
PENGELUARAN LESEN MEMANDU PERCUBAAN
a.
Lesen memandu percubaan ini di keluarkan oleh JPJ
kepada pemandu baru bagi tempoh selama dua tahun bagi mengenakan beberapa
batasan supaya pemandu baru diberi masa untukmemperolihi kemahiran dan
pengalaman untuk menjadi mpemandu kompeten.
b.
Jika pemegang lesen memandu percubaan membuat
tambahan kelas lesen memandu, kelas lesen memandu yang ditambah juga juga akan
mengikut tempoh percubaan 2 tahun kelas memandu yang pertama.
2.
SYARAT-SYARAT YANG DIKENAKAN KEPADA PEMEGANG
LESEN MEMANDU PERCUBAAN
a.
Pemegang lesen memandu percubaan diwajibkan
mematuhi beberapa syarat semasa memandu di atas jalan raya iaitu :
i.
Membawa lesen memandu percubaan bersamanya.
ii.
Mempastikan kadar alcohol dalam nafas, darah dan
air kencing 0.00%.
iii.
Mempamerkan tanda pengenalan ‘P’ di hadapan dan
di belakang kenderaan.
b.
Pemegang lesen memandu percubaan yang didapati
melanggar mana-mana syarat tersebut di atas adalah melakukan kesalahan di bawah
Kaedah 15A Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Lesen Memandu) 1992 dan boleh didakwa
di bawah Seksyen 119 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Jika disabitkan dengan kesalahan
itu, bagi kesalahan pertama , boleh
didenda RM2,000 atau 6 bulan penjara. Manakala bagi kesalahan kedua dan
seterusnya didenda RM4000 atau 12 bulan penjara atau kedua-diuanya sekali.
c.
Sabitan kesalahan juga akan mengumpul mata demerit
seperti berikut :-
d.
Pemegang lesen memandu percubaan juga akan
dikenakan mata demerit sekiranya melakukan kesalahan terjadual lain di bawah
system mata demerit KEJARA.
e.
Mana-mana pemegang lesen memandu percubaan yang
telah mengumpul 10 mata demerit atau lebih akan mengakibatkan lesen memandu percubaannya dibatalkan oleh Ketua
Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia.
f. Sekiranya lesen memandu percubaan dibatalkan,
sesaorang itu dilarang memandu, memegang atau memohon apa-apa lesen (termasuk
lesen belajar memandu) bagi tempoh 12 bulan dari tarikh penyerahan lesen
memandu percubaan.
g. Selepas tempoh larangan, sesaorang itu hendaklah
mengulang semula proses latihah dan ujian sebelum dibenarkan untuk mendapatkan
lesen memandu dan akan dikenakan tempoh percubaan sekali lagi.
Institut Memandu Sinar merupakan PUSAT SEHENTI dimana
semua urusan pembelajaran dan ujian akan dijalankan di sini. Institut Memandu
Sinar
mempunyai pasarana
yang baru serta mempunyai tenaga pengajar
yang profesional dan peramah dan pastinya akan memberikan
keselesaan kepada peserta kursus.
Keteranganlanjut silahubungi talian
04-485 1125 atau 04-572 1125
Sekiranya anda lapang boleh juga layari
FB Page kami.
ReplyDeleteBolehkah pemegang lesen P Motorcycle membawa penumpang?
boleh. lesen L je tak boleh
DeleteKalau kereta D & DA lesen P pun bole bawa penumpang?
DeleteMestilah boleh
Deletelesen p.sy tmat tmpoh . dimanakah sy perlu membyar pejabat pos atau jpj
ReplyDeleteUntuk P yang baru nak renew full mesti ke JPJ/UTC
DeleteApa yang akan terjadi selepas pemandu percubaan disaman kerana tidak mempamerkan 'P' pada cermin kenderaan?
ReplyDeletesaman saja RM150
DeletePemandu p terlibat kemalangan diberitahu kena bayar rm400 pada workshop, byran utk apa ya? Mohon pencerahan
ReplyDeletebiasanya ni caj tambahan daripada syarikat insurans (mcm denda gak ah) sebab pemandu dikira tak kompeten /lesen baru.
Deletejd adakah lesen P d tarik jikalau berlaku kemalangan?
Deletetidak
DeleteTumpang tanya, jika kemalangan berlaku disebabkan orang lain, tapi saya lesen P, tetap kena bayar 400 ke en.?
DeleteKalau kena saman akan tolak demerit ke
ReplyDeletekalau kene saman tak letak sticker p untuk pertama kali adakah lesen terus dibatalkan ?
ReplyDeletetak
Deleteklu org tu masih dlm p tpi die terlibat dlm kemalangan sbb langgar blkg kereta...jdi mcm mane dgn lesen P die tuu..adakah die cuma membayarr saman sahaja atau mcm mane yrr...mohon pencerahan semua
ReplyDeleteKalau pemegang lesen p kemalangan atas kecuaian pemandu lesen p apakah lesen akan digantung
ReplyDeletetengok jenis kemalangan dan point kejara
Deletebrpe lama tempoh selepas p tamat tarikh sebelum reniuw baru, skrg waktu pkp tak sempat nk buat baru
ReplyDelete1 tahun
DeleteSekiranya PEMEGANG lesen percubaan (P) terlibat dlm kemalangan adakah automatic lesen terbatal?
ReplyDeletetak
DeleteAdakah pemegang lesen P dikenakan apa apa tindakan jika membawa lebih penumpang
ReplyDeleteBoleh tak seseorang itu memandu kereta yang ada stiker P sedangkan pemandu sudah ada matang?
ReplyDeleteBoleh tak seseorang itu memandu kereta yang ada stiker P sedangkan pemandu sudah ada lesen matang?
ReplyDeletetiada masalah apa2
DeleteSekiranya pemegang lesen P membawa motosikal & disamam kerana tidak memakai helmet bagaimana ya?
ReplyDeleteKalau takede lesen motor tapin ade lesen kereta P , Kene saman Langgam lampu isyart akan ada ape2 kesan tak utk lesen P kereta
ReplyDeleteLanggar lampu isyarat lesen p akan dibatalkan serta merta dan perlu menunggu 12 bulan untuk ambil ujian semula
Deleteingin bertanya saya sudah punyai lesen motor sudah habis tamat tempoh lekat P" dua tahun. yang ni pula ambil lesen kereta pula adakah kereta saya perlu lekat sticker P"
ReplyDeletewajib lekat sticker pada kereta selama memengang lesen P
DeleteBolehkah pemegang lesen P membawa kenderaan peronda syarikat.?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBrp tahun lama pengalaman memandu peneman org sebelah pemandu lesen P kereta wajib ada semasa dia memandu atau x ada syarat jpj atau pemandu P blh pandu se org diri tanpa peneman berpengalaman ?
ReplyDeleteLesen memandu p boleh bawa berape orang
ReplyDeletenk tnya boleh
ReplyDelete1.u turn tmpt tkleh u turn
2.pelekat p depn blkng
3.pelakt p belakng shaja
berape markah merit
DeleteKalau lesen pemandu P melakukan kesalahan dan dilanggar, tetapi pmndu P dikenakan saman.. Jdi mcmne tu
ReplyDeleteSaya dah lulus ujian kereta jpj litar tapi x boleh nak buat kad lesen sebab pkp.adakan saya akan dikenakan saman jika memandu di jalanraya?
ReplyDeleteApa jadi jika Lesen p saya sudah tamat tempoh Dan saya langgar belakang kereta. Tempoh tamat nya sudah sampai 3 bulan
ReplyDeletesaman RM300 ibarat tiada lesen, kena pergi ke jpj counter untuk renew
DeleteBoleh tak lesen P sewa kereta?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteBaik saye tanye laman jpj lagi bagus. Laman ni tak aktiflah. Letih.
ReplyDeleteMaaf admin.
ReplyDeleteSaya ada Lesen Motor jenis B tahun 2009, tapi dah tak pernah renew sampai sekarang, boleh tak sy renew sekarang?
ReplyDeleteKalau kita di saman kerana tidak pakai topi keledar lesen p akan di batalkn ke?
ReplyDeletesaya nak tanya kalau sessorang tu memegang lesen P kemudian berlaku kemalangan melibatkan police report apa akan terjadi pada lesen P itu ya?
ReplyDeletedalam policy insurance bagi pemegang lesen P jika terlibat dalam kemalangan akan dikenakan penalti RM400, bayar pada workshop semasa kereta da siap
DeleteDulu pernah expired lesen L memang tersiksa sungguh. Kena start dari awal semula
ReplyDeleteLesen P boleh bawa penumpang dalam kereta?
ReplyDeleteBoleh
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKalau pemegang lesen P boleh x bawak kereta rentas sempadan Malaysia - Indonesia?
ReplyDeleteboleh ke lesen P buat cermin gelap tapi ikut aturan jpj nak ??
ReplyDeleteNak kena buat apa ya klu langgar lampu isyarat dlm lesen P.?
ReplyDeleteSaya dapat saman motor ,untuk tak pakai topi Dan tak ade road tax ,ade tak (licence p @D) saya kena affect ,kena tolak mata dermit
ReplyDeleteKalau pemegang lesen P terlibat dgn kemalangan. Kemalangan disebabkan di langgar lorry dari belakang, lorry memandu di lorong tengah dan laju. Kereta ada sticker P. Adakah pemegang lesen p dikenakan saman disebabkan ada kemalangan?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteJika dah ada lesen kereta D - cdl . perluke tampal P utk B2 baru lulus ujian?
ReplyDelete