Apabila kita memandu di
kawasan bandar kita perlu berhati-hati kerana kita akan berhadapan dengan
pelbagai ‘hazard’ yang boleh menganggu kelancaran pemantuan kita. Jesteru itu kita perlu membuat pemanduan
mengikut kelajuan yang sesuai.
a. JALAN
i.
Jalan selorong (dua
hala)
ii.
Jalan dua lorong
iii.
Jalan tiga lorong
atau lebih
iv.
Laluan motorsilal
v.
Laluan teksi atau
bas.
b. LALU LINTAS
i.
Penjalan kaki
ii.
Penunggang
motorsikal/basikal
iii.
Kawasan meletak
kenderaan
iv.
Lintasan penjalan
kaki
v.
Lintasan kanak-kanak
sekolah
vi.
Kenderaan
perkhidmatan awam menurun dan menaikkan penumpang
vii.
Penumpang turun dan
naik kenderaan
c. PEMUKAAN JALAN
i.
Rosak/berlubang/berair
ii.
Berminyak
iii.
Jalan sempit
iv.
Tidak rata dan
lain-lain
Bagi menghadapi halangan
yang tidak terduga ini pemandu mestilah
berwaspada, berhati-hati dan bersedia membuat keputusan untuk bertindak
awal bagi menghadapi halangan yang diluar jangkaan itu. Keadaan lalu lintas
akan berubah dari masa ke semasa maka kita sebagai pemandu perlu bersedia
menghadapi perubahan itu. Bagi menghadapi perubahan itu kita perlu memnadu
mengikut kelajuan yang sewajarnya.
PEMANDU HENDAKLAH SENTIASA :
a. Mengamalkan rutin selamat supaya mendapat maklumat yang
betul untuk mengelakkan ‘hazard’ sebelum memulakan perjalanan dengan melakukan
rutin CITO.
b. Mempastikan kenderaan mengikut kelajuan yang sesuai berdasarkan had laju yang sesuai yang telah
ditetapkan mengikut papan tanda yang
dipaparkan di sekitar jalan.
c. Pastikan jarak mengekori yang selamat antara kenderaan di
hadapan, kerana ia menentukan jarak efektif untuk berhenti. Jarak efektif untuk
berhenti bergantung kepada kelajuan kenderaan yang dipandu, bentuk fizikal
jalan raya serta pemukaan jalan yang bergantung pada keadaan cuaca. Pada
asasnya pemandu mestilah mengekalkan jarak yang mencukupi mempunyai masa untuk
berfikir dan bertindak dengan selamat. Gunakan peraturan 2 atau 4 saat.
Bagi mereka yang tinggal di sekitar Padang Serai,Tasek
Gelugor,Kulim dan Kuala Ketil yang
ingin mengambil lesen kereta,motosikal dan OKU boleh datang terus ke Pejabat Institut Memandu Sinar
di belakang stesyen minyak Shell,Jalan Kulim- Padang Serai . Program myLESEN untuk lesen
motosikal dengan bayaran RM299.00 masih berjalan.
Institut Memandu Sinar merupakan PUSAT SEHENTI dimana
semua urusan pembelajaran dan ujian akan dijalankan di sini. Institut Memandu Sinar mempunyai pasarana yang baru serta mempunyai tenaga pengajar yang
profesional dan peramah dan pastinya akan
memberikan keselesaan kepada peserta kursus.
Keterangan lanjut sila
hubungi talian 04-485 1125 atau 04-572
1125
Sekiranya anda lapang boleh
juga layari FB Page kami.
Comments
Post a Comment