![]() |
Sekiranya tayar kereta pecah semasa memandu jangan panik. |
Latihan dan persediaan adalah amat penting terutama
apabila memandu dalam keadaan ekstrtrem
seperti kabus, hujan dan lain-lain.
Semasa menghadapi keadaan kecemasan pemandu dinasihatkan agar bertenang.
Fikirkan cara terbaik bagi mengatasi masalah itu.
Berikut adalah beberapa
masalah sewaktu pemanduan dan cara-cara menyelesaikannya :-
1.
BREK GAGAL
BERFUNGSI
Sekiranya pemandu menekan pedal
brek, dan pedal brek terus menyentuh lantai, pemandu perlu mengepam pedal brek
beberapa kali. Tindakan ini berkemungkinan dapat memulihkan tekanan brek. Sekiranya tekanan gagal dipulihkan dan jalan
raya selamat, tarik brek tangan beransur-ansur untuk memperlahankan kenderaan.
Tukar kepada gear yang lebih rendah dengan menggunakan kuasa pemampatan enjin
untuk memperlahankan kenderaan.
Sekiranya brek gagal berfungsi
ketika berada di atas bukit, bukit curam atau kenderaan itu merbahayakan
kenderaan lain, tarik brek tangan beransur-ansur untuk memperlahankan
kenderaan. Tukar kepada gear yang lebih rendah dan cari tempat yang bersesuaian
dan selamat untuk berhenti kenderaan.
2.
KENDERAAN
TERBABAS
Sekiranya kenderaan di belakang
terbabas, lepaskan pemecut dengan segera. Pusing stereng mengikut arah bahagian
belakang yang terbabas itu. Kemudian luruskan arah stereng.
3.
PEMECUT
TERLEKAT
Cuba perlahankan kenderaan
dengan menggunakan brek kaki. Kemudian cari tempat yang sesuai untuk berhenti.
Seterusnya pasang brek tangan untuk memberhentikan kenderaan dan bebaskan gear.
Matikan enjin.
4.
TAYAR PECAH
Jika tayar pecah semasa
pemanduan, pegang stereng dengan erat untuk menstabilkan kenderaan. Kawal
kenderaan dengan berhat-hati dan brek perlahan-lahan. Cari kawasan yang rata
dengan selamat untuk menukar tayar.
5.
LAMPU HADAPAN
KENDERAAN TERPADAM
Sekiranya lampu kenderaan
terpadam semasa pemanduan, perlahankan kenderaan dan kawal kenderaan. Cari
panduan dengan menggunakan cahaya kenderaan yang lain atau mengikut garisan
putih di atas jalan. Nyalakan lampu
isyarat kecemasan. Berhenti di kawasan yang selamat.
6.
KENDERAAN
TERBAKAR
Biasanya kebakaran kenderaan
berlaku disebabkan litar pintas dalam system letrik. Hentikan kenderaan dengan segera. Matikan enjin
dan keluarkan penumpang dalam kenderaan itu.
Dengan menggunakan alat pemadam
api, cuba padamkan kebakaran tersebut atau dapatkan bantuan daripada pengguna
jalan raya yang lain. Sekiranya api tidak dapat di kawal tinggalkan kenderaan
sebelum tangki minyak meletup. Hubungi pihak bomba.
7.
BONET TERBUKA
Jika bonet terbuka semasa
pemanduan, brek beransur-ansur. Turun ke bahu jalan. Lihat melalui tingkap
untuk panduan memandu ke tempat selamat.
8.
TERPAKSA
BERHENTI DI LEBUH RAYA (KENDERAAN ROSAK)
Beri isyarat ke kiri dan
berhenti di lorong kecemasan. Nyalakan lampu kecemasan. Sekiranya berlaku pada
waktu malam nyalakan juga lampu dalam kenderaan. Pastikan tanda amaran
diletakkan dalam jarak 50 meter di belakang kenderaan.
Letakan penumpang jauh daripada
aliran lalu lintas. Jangan haling lampu belakang kenderaan dengan berdiri atau
lakukan kerja di belakang kenderaan. Buka bonet dan dapatkan bantuan.
9.
CERMIN
HADAPAN PECAH
Sekiranya cermin
hadapan pecah semasa pemanduan perlahankan kenderaan. Lihat memalui tingkap dan
berhenti di tempat yang selamat. Rentangkan kain atas papan pemuka dan letakkan serpihan kaca
atas kain tersebut. Pecahkan seluruh cermin
hadapan. Pandu dengan berhati-hati ke bengkel yang berhampiran untuk
mengantikan cermin tersebut dengan segera.
Pastikan pemandu membuat rutin pemeriksaan kenderaan serta rutin sebelum
memandu bagi mengelakkan kenderaan mengalami kerosakkan semasa dalam pemanduan.
Bagi mereka yang tinggal di sekitar Padang Serai,Tasek Gelugor,Kulim dan Kuala Ketil yang ingin mengambil lesen kereta,motosikal dan OKU boleh datang terus ke Pejabat Institut Memandu Sinar di belakang stesyen minyak Shell,Jalan Kulim- Padang Serai .Program myLESEN untuk lesen motosikal dengan bayaran RM299.00 masih berjalan. Begitu juga PROMOSI CUTI SEKOLAH untuk kursus memandu kereta sedang berjalan dan akan tamat pada 31 Disember ini. Cepat! Daftar Sekarang!
Institut Memandu Sinar merupakan PUSAT SEHENTI dimana semua urusan
pembelajaran dan ujian akan dijalankan di sini. Institut Memandu Sinar mempunyai
pasarana yang baru serta mempunyai tenaga pengajar yang profesional dan peramah dan pastinya akan memberikan keselesaan kepada peserta kursus.
Keterangan
lanjut sila hubungi talian 04-485 1125 atau
04-572 1125
Sekiranya anda lapang boleh juga layari FB Page kami.
Comments
Post a Comment