![]() |
Patuhi Peraturan Jalan raya Bagi Mengelakkan Kemalangan |
Kemalangan
jalan raya boleh berlaku, antaranya adalah disebabkan perlanggaran antara dua
buah kenderaan. Faktor utama kecuaian pemamdu dan penunggang motosikal.
Penunggang perlu mengenalpasti kedudukan-kedudukan yang boleh menyebabkan
perlanggaran antara dua buah kenderaan.
Enam
kedudukan yang telah dikenalpasti boleh menyebabkan perlanggaran :-
1. PERLANGGARAN DENGAN KENDERAAN DI
HADAPAN
Penunggang
gagal/tidak menggunakan peraturan jarak mengekori dengan betul. Selalunya
penunggang mengekori terlalu rapat dan gagal melihat ke hadapan seperti meihat
isyarat kenderaan di hadapan dan sebagainya.
2. PERLANGGARAN DENGAN KENDERAAN DI
BELAKANG
Penunggang
tidak melihat cermin sisi di sebelah kanan atau kiri. Penunggang juga tidak
mengamalkan peraturan jarak jika kenderaan di belakang mengekori terlalu
hampir. Malah penunggang juga seringkali lupa tanggungjawab memberi isyarat
lampu dalam masa yang mencukupi. Isyarat lampu
sepatutnya di beri dalam masa sekurang-kurangnya 3 saat sebelum mengubah
haluan.
3. PERLANGGARAN KETIKA MEMOTONG
i.
Penunggang
tidak bijak membuat keputusan, seperti perlukah memotong?
ii.
Penunggang
gagal mengamalkan peraturan memotong. Penunggang juga gagal melihat ke hadapan
sekurang-kurangnya 100 meter ke hadapan
atau 12 saat ke hadapan.
iii.
Penunggang
gagal memeriksa kawasan ‘blink spot’ iaitu dengan menoleh ke kanan.
4. PERLANGGARAN KETIKA DIPOTONG
i.
Penunggang tidak menunggang ikut kiri jalan. Penunggang
gagal mematuhi peraturan/disiplin
menggunakan lorong.
ii.
Penunggang
tidak melihat cermin sisi kiri atau
kanan. Dalam situasi ini kadangkala ia juga cuba memotong.
iii.
Penunggang
tidak bekerjasama. Ada penunggang atau
pemandu yang melajukan kenderaannya apabila ada kenderaan lain cuba
memotongnya.
5. PERLANGGARAN DI SEBELAH TEPI/DI
PERSIMPANGAN JALAN
i.
Penunggang
tidak merancang perjalanan dan kurang pasti arah haluannya.
ii. Penunggang
gagal memberi isyarat. Bila gagal berkomunikasi dengan pengguna jalan raya yang
lain keadaan menjadi kurang selamat.
iii.
Tidak
menggunakan peraturan di persimpangan jalan.
6. PERLANGGARAN DENGAN KENDERAAN DARI ARAH HADAPAN
i. Penunggang gagal melihat di hadapan
sekurang-kurangnya dalam jarak 12 saat
ke hadapan atau 100 meter ke hadapan.
ii. Penunggang tidak faham peraturan
mengelak dari arah hadapan.
iii. Penunggang atau pemandu tidak bertibang
rasa/sombong. Terdapat dikalangan pemandu atau penunggang tidak mahu mengalah
iaitu bergerak ke kiri semula atau masuk ke lorong sebelah kiri.
Sekiranya penunggang atau pemandu kenderaan berhemat
dan mengikut segala peraturan jalan raya seperti yang di gariskan dan
mempastikan keselamat diri dan pengguna jalan raya yang lain pasti dapat
membantu mengelakan berlakunya perlanggaran.
Bagi mereka yang tinggal di sekitar Padang
Serai,Tasek Gelugor,Kulim dan Kuala Ketil
yang ingin mengambil lesen
kereta,motosikal dan OKU boleh datang terus
ke Pejabat Institut Memandu Sinar di belakang stesyen minyak Shell,Jalan Kulim-
Padang Serai .Program myLESEN untuk lesen
motosikal dengan bayaran RM299.00 masih berjalan.
Institut Memandu Sinar merupakan PUSAT SEHENTI
dimana semua urusan pembelajaran dan ujian akan dijalankan di sini. Institut
Memandu Sinar mempunyai pasarana yang
baru serta mempunyai tenaga pengajar yang profesional dan peramah dan pastinya akan memberikan keselesaan kepada peserta kursus.
Keterangan lanjut sila hubungi talian 04-485 1125
atau 04-572 1125
Sekiranya anda lapang boleh juga layari FB Page
kami.
Comments
Post a Comment