Para calon yang bakal menduduki ujian pemanduan atau
menunggang motosikal perlu berpakaian kemas dan bersopan. Malah calon perlulah
mengamalkan pemakaian kemas semasa menghadiri latihan pemanduan dan menunggang motorsikal di
Instiut Memandu malah untuk berurusan di pejabat JPJ atau mana-mana agensi kerajaan.
Pihak JPJ sentiasa memantau dan membuat “spot check” bagi
mempastikan etika pemakaian calon yang sedang menjalani latihan di Institut
Latihan Memandu dan ujian dengan JPJ.
Pihak JPJ telah
keluarkan sebuah “circular” atau surat pekeliling tentang pakaian yang
hendaklah di ikuti oleh para calon kursus.
Calon-calon yang menghadiri kursus atau menjalani ujian
pemanduan hendaklah menentukan “penampilan” dan cara berpakaian kemas, sopan
dan tidak berunsur negatif. Di bawah adalah “cara pakaian” bagi kedua-dua jantina
:
Lelaki
1) “Shirt” atau baju berkolar.
Kemeja berlengan T- shirt / kemeja tanpa kolar dan lengan
dengan motif yang beransurkan negatif tidak di benarkan.
2) Seluar panjang.
Seluar pendek yang berunsurkan negatif tidak di benarkan.
3) Kasut penuh.
Sandal dan selipar tidak di benarkan.
4) Rambut.
Kelihatan kemas.
5) Aksesori.
Topi, barangan perhiasan seperti “subang” dan rantai tidak
di benarkan.
6) Barangan larangan.
Bahan rujuk, telefon bimbit dan beg tangan tidak di benarkan
di bawa masuk be bilik ujian.
Perempuan
1) Shirt berkolar atau lengan.
T-shirt kemeja tanpa kolar atau lengan dengan motif yang
beransur negatif atau tidak sopan tidak di benarkan.
2) Skirt – Di bawa paras lutut.
Belah kain yang keterlaluan di bahagian tepi dan depan serta
skirt pendik tidak di benarkan.
3) Seluar.
Di cadangkan seluar panjang. Seluar pendik beransur negatif
atau tidak bersopan tidak di benarkan.
4) Kasut penuh.
Selipar tidak di benarkan.
5) Aksesori.
Topi / aksesori yang keterlaluan tidak di benarkan.
6) Barangan larangan.
Bahan rujukan, telefon bimbit dan beg tangan di larang bawa
masuk ke dalam bilik ujian.
Bagi
mereka yang tinggal di sekitar PADANG SERAI, KULIM,TASEK
GELUGOR
DAN KUALA KETIL yang ingin mengambil lesen kereta,
motosikal
dan lesen OKU boleh datang terus ke Pejabat Institut
Memandu
Sinar di belakang Stesyen minyak Shell,
Jalan Kulim
- Padang Serai. Program myLESEN untuk
motosikal dengan
bayaran
RM299.00 masih berjalan. PROMOSI CUTI
PERSEKOLAHAN
SEDANG BERLANGSUNG
HANYA
RM990.00 UNTUK LESEN KERETA
Institut
Memandu Sinar merupakan PUSAT SEHENTI dimana semua
urusan
pembelajaran dan ujian di jalankan di sini. Institut Memandu
Sinar
mempunyai prasarana yang baru serta mempunyai tenaga
pengajar
yang profesional dan peramah pastinya akan
memberikan
keselesaan kepada anda.
Keterangan lanjut sila hubungi talian 04-485 1125 atau 04-572 1125
Sekiranya anda lapang boleh juga layari FB Page kami.
Nak tanye boleh tak perempuan muslim memakai baju kurung pergi ke kursus ambik lesen?
ReplyDelete