Ketika menunggang motosikal adakalanya kita perlu memotong
kenderaan lain jesteru itu bagi penunggang yang berhemat perlu mematuhi
peraturan untuk memotong kenderaan lain.
Untuk memotong
seorang penunggang itu memerlukan kecekapan serta pandangan imbas yang
wajar dan mesti memahami dan mempelajari teknik-teknik memotong yang betul.
Untuk memotong kenderaan lain diperlukan sekiranya kita
berada dalam keadaan berikut :-
i.
Apabila kenderaan di hadapan bergerak terlalu
perlahan.
ii.
Apabila kenderaan di hadapan menukar haluan.
iii. Apabila mengekori kenderaan di hadapan yang
mungkin boleh menyebabkan kemalangan.
Terdapat 10 perkara yang perlu diamalkan semasa mengambil
keputusan untuk memotong iaitu :
i.
Berada di belakang
Mengekori dari jarak yang selamat dengan mengamalkan peraturan 2 saat
atau 4 saat.
ii.
Periksa di hadapan
Sentiasa mengamalkan peraturan 12 saat pada setiap masa dengan membuat
pandangan jauh ke hadapan. Adalah perlu diingatkan setiap kali memotong anda
memerlukan masa sekurang-kurangnya 10 saat untuk melepasi kenderaan yang
dipotong.
iii.
Memeriksa di belakang
Pastikan tidak ada kenderaan lain yang cuba memotong sebelum penunggang
memotong. Ini boleh dilakukan dengan melihat cermin sisi dan menoleh ke
belakang seketika.
iv.
Memberi isyarat ke kanan
Memberi isyarat untuk bergerak ke kanan sekurang-kurangnya 3 saat. Pada
masa yang sama peraturan 12 saat terus di amalkan.
v.
Bergerak ke kanan
Pastikan mempunyai nr4uang yang cukup dan selamat sebelum bergerak ke
kanan.
vi.
Melajukan kenderaan
Pada ketika ini penunggang sudah berada di lorong memotontg. Adalah
dinashatkan supaya mengawal dan memotong dengan berhati-hati. Penunggang juga
hendaklah memotong dengan kelajuan yang dibenarkan dan mematuhi had laju yang
ditetapkan.
vii.
Komunikasi
Sebaik saja kenderaan melintas kawasan yang terlindung (blink spot)
penunggang dinasihatkan supaya membunyikan hon ataupun memberi isyarat dengan
menggunakan lampu isyarat sebagai tanda berkomunikasi sedang memotong.
viii.
Memberi isyarat ke kiri
Penunggang sekali lagi hendaklah memberikan isyarat ke kiri
sekurang-kurangnya 3 saat. Pada masa yang sama juga hendaklah menggunakan
jangkaan jarak yang selamat sebelum bergerak ke kiri.
ix.
Bergerak ke kiri
Sebelum bergerak ke kiri, pastikan penunggang mempunyai ruang yang cukup
untuk berada di hadapan kenderaan yang dipotong. Penunggang motosikal boleh bergerak ke kiri sebaik saja penunggang
dapat melihat kenderaan yang di potong melalui cermin sisi.
x.
Menyambung perjalanan
Tentukan
penunggang motosikal berada di lorong yang betul dengan mengambil kira
peraturan 2 saat bagi kenderaan di belakang dan peraturan 12 saat untuk
pandangan kehadapan.
Bagi mereka yang tinggal di sekitar Padang Serai,Tasek Gelugor,Kulim
dan Kuala Ketil yang ingin
mengambil lesen kereta,motosikal dan OKU
boleh datang terus ke Pejabat Institut
Memandu Sinar di belakang stesyen minyak Shell,Jalan Kulim-
Padang Serai .Program myLESEN untuk lesen motosikal
dengan bayaran RM299.00 masih berjalan.
Institut Memandu Sinar merupakan PUSAT SEHENTI dimana semua urusan
pembelajaran dan ujian akan dijalankan di sini. Institut Memandu Sinar
mempunyai pasarana yang baru serta
mempunyai tenaga pengajar yang profesional dan
peramah dan pastinya akan memberikan keselesaan
kepada peserta kursus.
Keterangan lanjut
sila hubungi talian 04-485 1125 atau
04-572 1125
Sekiranya anda lapang
boleh juga layari FB Page kami.
Comments
Post a Comment