Dalam kita memandu kadang kala-kala dalam suasana Bandar yang
sibuk kita mempunyai ruang yang terbatas untuk memarkir (parking) dan ketika
itu kita perlu mahir untuk memarkir (parking) sisi. Dalam Kurikulum Pendidikan
Pemandu Kelas ‘D’ Manual juga diberikan panduan mengenainya. Malah dalam
latihah amali dan ujian yang dijalankan oleh pihak JPJ juga kita perlu melalui
ujian memarkir (parking ) sisi ini.
Di bawah ini diberikan beberapa teknik untuk memarkir
(parking) sisi :-
i.
Mengamalkan rutin CITO. Mengerakkan kenderaan ke
hadapan dengan menggunakan gear yang betul berhenti sepenuhnya dijarak yang
sesuai.
ii. Menekan cekam dan memasukkan gear undur ( R ). Dan
bergerak ke belakang dengan perlahan-lahan sambil mengimbangkan cekam dan
minyak sehingga badan kenderaan selari dengan petak meletak meletak kenderaan,
berhenti seketika.
iii. Bergerak ke belakang kiri perlahan-lahan
sehingga dapat melihat 75% garis petak belakang melalui cermin sisi kanan
kenderaan, berhenti seketika.
iv.
Bergerak lurus sehingga roda belakang
menghampiri garisan, berhenti seketika. Bergerak ke belakang kanan sehingga
seluruh badan kenderaan berada atau selari di dalam petak, berhenti seketika.
v.
Pilih gear yang betul. Bergerak ke hadapan dan
selarikan badan kenderaan dengan petak dengan dengan perlahan, berhenti
seketika. Mengangkat tangan setelah berpuas hati (dalam ujian sahaja).
vi.
Masukkan gear undur ( R ) dan bergerak ke
belakang kiri dengan perlahan-lahan sehingga menghampiri garisan belakang,
berhenti seketika.
vii.
Bergerak ke hadapan kanan keluar daripada petak
dengan perlahan-lahan.
viii.
Pastikan badan kenderaan tidak melepasi garisan
kuning di hadapan petak dan luruskan kenderaan di hadapan. Pergerakan ini harus
selesai dalam masa 5 minit. (dalam ujian sahaja)
Bagi
mereka yang tinggal di sekitar Padang Serai,Tasek Gelugor,Kulim dan Kuala
Ketil yang ingin mengambil lesen kereta,motosikal dan OKU boleh datang
terus ke Pejabat Institut Memandu Sinar di belakang stesyenminyak Shell,Jalan
Kulim- Padang Serai .Program myLESEN untuk lesen motosikal dengan bayaran RM299.00
masih berjalan.
Institut
Memandu Sinar merupakan PUSAT SEHENTI dimana semua urusan pembelajaran dan
ujian akan dijalankan di sini. Institut Memandu Sinar mempunyai pasarana yang baru serta mempunyai tenaga
pengajar yang profesional dan peramah dan pastinya akan memberikan keselesaan kepada peserta kursus.
Keterangan lanjut
sila hubungi talian 04-485 1125 atau
04-572 1125
Sekiranya anda lapang boleh juga
layari FB Page kami.
Comments
Post a Comment