Tujuan mengadakan latihan ini bagi mempastikan pemandu
tahu memilih kedudukan yang betul dan selamat serta dapat memahirkan diri
mengikut kelajuan yang betul keperluan menukar gear daripada D ke gear 3,2 dan
1. Amalkanperaturan 12 saat untuk pandang ke hadapan.
i.
Pastikan stereng dikawal pada posisi yang
betul iaitu di zon selamat.
ii. Gunakan gear yang sesuai mengikut keperluan
kuasa enjin. Gunakan rutin pertukaran gear.
iii.
Pastikan kenderaan bergerak lurus sebelum
menukar gear.
iv.
Pastikan semasa pertukaran gear tangan kanan
dapat mengawal stereng dengan sempurna.
v.
Gunakan tangan kiri untuk menukar gear.
vi.
Gunakan kaki kanan untuk menekan pedal brek
sepenuhnya dan jangan lepaskan.
vii.
Picit butang pengunci pada tompol gear.
viii.
Lepaskan brek tangan.
ix.
Pastikan kedua-dua tangan pada stereng.
x.
Lepaskan pedal brek perlahan-lahan.
xi.
Tekan pedal pemecut bagi mendapatkan kelajuan
yang dikehendaki.
xii.
Gunakan rutin CITO sepanjang pemanduan.
Latihan
Pertukaran Ke Gear 3
xiii.
Pastikan kelajuan tidak melebihi 40 km/j
xiv.
Pastikan tekanan pada pemecut konsisten.
Gerakan tompol gear ke posisi 3 tanpa mengurangkan tekanan pada pemecut.
xv.
Anda akan merasakan brek enjin berfungsi dan
kuasa kenderaan bertambah.
Latihan Pertukaran Ke Gear 2
xvi.
Kurangkan kelajuan tidak melebihi 20 km/j
xvii. Picit butang pengunci pada tompol gear.
xviii. Pastikan
tekanan pada pemecut konsisten. Gerakan tompol gear ke posisi 3 tanpa
mengurangkan tekanan pada pemecut
xix.
Anda akan merasakan brek enjin berfungsi dan
kuasa kenderaan bertambah.
Latihan Pertukaran Ke Gear 1
xx.
Kurangkan kelajuan tidak melebihi 10 km/j
xxi.
Picit
butang pengunci pada tompol gear.
xxii. Pastikan
tekanan pada pemecut konsisten. Gerakan tompol gear ke posisi 1 tanpa
mengurangkan tekanan pada pemecut
xxiii. Gunakan
rutin CITO sepanjang pemanduan.
Bagi mereka yang tinggal di sekitar PADANG SERAI, KULIM,
TASEK GELUGOR DAN KUALA KETIL yang ingin mengambil
lesen kereta, motosikal dan lesen OKU boleh datang terus
ke Pejabat Institut Memandu Sinar di belakang stesyen
minyak Shell, Jalan Kulim - Padang Serai. Program
myLESEN untuk motosikal dengan bayaran
RM299.00 masih berjalan.
Institut Memandu Sinar merupakan PUSAT SEHENTI dimana
semua urusan pembelajaran dan ujian di jalankan di sini.
Institut Memandu Sinar mempunyai prasarana yang
baru serta mempunyai tenaga pengajar yang
profesional dan peramah pastinya akan
memberikan keselesaan kepada anda.
Keterangan lanjut sila hubungi talian 04-485 1125 atau 04-572 1125
Sekiranya anda lapang boleh juga layari
FB Page kami.
Comments
Post a Comment