Dalam sukatan
pelajaran belajar memandu peserta kursus juga
dibekalkan ilmu menukar tayar kereta. Memang ini penting apabila kita ke
mana-mana tiba-tiba tayar kereta atau kenderaan pancit. Apa yang harus kita
lakukan?
Sekiranya
tayar pancit dalam perjalanan, kita perlu kawal stereng dengan kemas dan brek
perlahan-lahan. Pandu kereta keluar dari
jalan raya dan letak di tempat yang rata.
a.
Langkah-langkah
Keselamatan
i.
Pastikan
kenderaan berada pada jarak yang selamat daripada jalan raya. Cari kawasan yang
rata atau mendatar supaya kenderaan berada dalam keadaan stabil semasa menukar
tayar.
ii.
Pastikan
enjin kenderaan dimatikan, brek tangan terpasang dan gear dalam kedudukan ‘p’.
iii.
Sendalkan
tayar dengan objek keras seperti batu=bata, kayu dan lain-lain.
iv.
Letakkan
‘Amaran Segi Tiga’ lebih kurang 15 meter di belakang kenderaan.
b.
Cara
Menukar Tayar
i.
Tanggalkan
penutup roda dan longgarkan nat menggunakan spanar tayar dengan memusing
mengikut arah lawan pusingan jam.
ii.
Letakkan
jek pada kedudukan yang betul di bahagian sisi berdekatan dengan tayar yang
hendak ditukar.
iii.
Naikkan
badan kenderaan menggunakan jek sehingga roda tergantung9bergantung kepada
jenis yang digunakan).
iv.
Pastikan
kenderaan stabil dengan menggoyangkan sedikit badanb kenderaan sebelum
memulakan kerja.
v.
Tayar
yang dibuka hendaklah diletakkan dibawah kenderaan sebagai keselamatan
sekiranya jek terbalik atau rosak.
vi.
Pasangkan
tayar ganti dengan ketatkan kesemua nat menggunakan tangan dengan memusing
mengikut arah pusingan jam.
vii.
Turunkan
badan kenderaan menggunakan jek dan ketatkan nat sekali lagi dengan menggunakan
spanar tayar.
Bagi mereka yang tinggal di sekitar
Padang Serai,Tasek Gelugor,Kulim dan Kuala Ketil yang ingin mengambil lesen kereta,motosikal dan OKU boleh datang
terus ke Pejabat Institut Memandu Sinar
di belakang stesyen
minyak Shell,Jalan
Kulim- Padang Serai .Program myLESEN
untuk lesen motosikal dengan bayaran
RM299.00 masih berjalan.
Institut Memandu Sinar merupakan PUSAT
SEHENTI dimana semua urusan pembelajaran dan ujian akan dijalankan di sini.
Institut Memandu Sinar
mempunyai
pasarana yang baru serta mempunyai tenaga pengajar
yang profesional dan
peramah dan pastinya akan memberikan
keselesaan kepada peserta kursus.
Keteranganlanjut
silahubungi talian 04-485 1125 atau
04-572 1125
Sekiranya
anda lapang boleh juga layari FB Page kami.
Comments
Post a Comment