Ketika kita memandu di jalan raya kita tidak dapat tidak
kena memotong sesuatu kenderaan yang berada di hadapan kita. Kita perlu motong kenderaan yang berada di
hadapan kita bergerak terlalu perlahan. Kita juga perlu memotong apabila
kenderaan di hadapan menukar haluan. Pastinya kita kena motong kenderaan di
hadapan yang mungkin boleh menyebabkan kemalangan.
Bagi memotong sesuatu kenderaan di hadapan dengan selamat
kita perlu mengamalkan rutin selamat memandu CITO. Peraturan memotong terbahagi
kepada tiga bahagian iaitu :
A.
Sebelum Memotong
B.
Semasa memotong
C.
Selepas memotong
A.
SEBELUM MEMOTONG
i.
Pastikan jarak mengokori selamat.
ii.
Periksa di hadapan ( 12 saat).
iii. Mengamalkan rutin CITO dengan memeriksaan
bahagian di belakang dan sisi bagi
mendapatkan maklumat sebelum ke kanan.
iv.
Bergerak ke kanan
-
Jangan tergesa-gesa semasa menukar lorong
-
Bergerak apabila di dapati selamat
![]() |
Berhati-hati memotong elak pertembungan |
B.
SEMASA MEMOTONG
i. Lajukan kenderaan melepasi kenderaan yang hendak
dipotong supaya tidak menganggu lalu lintas daripada belakang.
ii. Pastikan ruang selamat dengan kenderaan yang
dipotong sekurang-kurangnya 1 meter ( 3 Kaki).
iii. Gunakan hon atau lampu untuk berkomunikasi dengan kenderaan yang dipotong.
C.
SELEPAS MEMOTONG
i. Mengamalkan rutin CITO dengan memeriksa di bahagian
belakang dan sisi bagi mendapatkan maklumat sebelum bergerak ke kiri.
ii.
Bergerak ke kiri ,
-
Jangan tergesa-gesa ketika menukar lorong
- Bergerak apabila dapat melihat bahagian hadapan kenderaan yang dipotong
melalui cermin sisi kiri.
iii.
Menyambung perjalanan dengan mengekalkan posisi
serta kelajuan yang sesuai.
Bagi mereka yang
tinggal di sekitar Padang Serai,Tasek Gelugor,Kulim dan Kuala Ketil yang
ingin mengambil lesen kereta,motosikal dan OKU boleh datang
terus ke Pejabat Institut
Memandu Sinar di belakang stesyen minyak Shell,Jalan Kulim- Padang Serai .
Program myLESEN untuk
lesen motosikal dengan
bayaran RM299.00 masih berjalan.
Institut Memandu
Sinar merupakan PUSAT SEHENTI dimana semua urusan pembelajaran
dan ujian akan
dijalankan di sini. Institut Memandu Sinar mempunyai pasarana
yang baru serta mempunyai tenaga
pengajar yang profesional
dan peramah dan pastinya akan memberikan
keselesaan
kepada peserta kursus.
Keteranganlanjut
silahubungi talian 04-485 1125 atau
04-572 1125
Sekiranya anda lapang
boleh juga layari FB Page kami.
Comments
Post a Comment