Tidak ada sesiapa pun ingin terlibat dalam kemalangan begini
SEMUA orang yang menggunakan jalan raya tidak inginkan
kemalangan. Kemalangan boleh mengakuibatkan kematian dan kecederaan. Terdapat
beberapa factor yang boleh menyebabkan kemnalangan. Sebagai pemandu yang
berhemah kita perlu mengenal pasti punca
yang menyebabkan kemalangan.
Dalam hal ini pemandu merupakan factor terpenting yang
menyebabkan kemalangan. Kemalangan akan mudah berlaku sekiranya pemandu memandu
dalam keadaan fizikal yang letih, fikiran dan emosi yang tertekan. Jadilah
elakanlah diri untuk memandu jika
keadaan kita begitu. Pastikan mental fizikal kita baik sebelum memandu.
Pemandu juga kemna pastikan yang dia bebas dari pengaruh alcohol
dan dadah, jadi jangan sekali-kali memandu selepas minum minuman keras dan di
bawah pengaruh dadah. Begitu juga menggunakan ubat yang tidak mendapat
kelulusan doctor apabila menghadapi masalah kesihatan juga amat memerbahaya.
Ini bukan saja membahayakan diri kita sebagai pemandu malah membahayakan penggu
jalan raya lainya.
Pemandu juga harus berhati-hati dan bjikan menyesuaikan diri
dengan keadaan cuaca dan keadaan jalan yang berubah. Disamping itu amalkan
peraturan dua saat atau empat saat semasa mengekori kenderaan lain. Ini
penting apabila kenderaan dihadapan
kita menghadapi masalah kita sempat untuk bertindak.
Jangan sekali-kali memotong di kawasan larangan. Pihak
berkuasa telah mengenal pasti kawasan-kawasan tersebut bahaya. Pemandu perlu sentiasa
mengamalkan rutin CITO semasa memandu bagi mempastikan kita memandu dalam keadaan
selamat.
Pemandu juga perlu sentiasa bersabar dan bertimbang rasa
serta patuhi tanda-tanda isyarat jalan raya. Sekiranya semua pemandu
mengamalkan ciri-ciri yang dinyatakan pasti boleh mengurangkan kemalangan dan
pastinya mampu mengelak kehilangan nyawa dan kecederaan
Faktor kedua yang boleh menyebabkan kemalanggan jalan raya
ialah jalan. Jalan memang dibina supaya kenderaan dapat bergerak dengan selamat
dan selesa. Namun jalan-jalan akan rosak akibat kesan-kesan dari hujan,
tumpahan minyak dan sebagainya.
Jadi ikut dan sesuaikan kelajuan mengikut keadaan jalan dan
had laju yang ditetapkan kerana setiap jalan yang dibina dengan mengikut
spesifikasi kelajuan dan aliran trafik. Kurangkan kelajuan semasa hujan , jalan
lincin, rosak tidak rata dan sebagainya. Pemandu juga perlu pastikan tidak memotong
jalan yang sempit dan elak juga melalui lopak air kerana kita tidak mengetahui
kedalamannya.
Faktor ketiga adalah fak tor kenderaan pemantu perlu
mempastikan kenderaan sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat untuk
dipandu kerana kenderaan yang tidak berfungsi dengan baik boleh mengakibatkan
kemalangan.
Pastikan brek , lampu, lampu brek dan lampu isyarat serta
hon berfungsi dengan baik. Tayar dan pengelap cermin juga perlu dalam keaadaan
baik. Pastikan tali pinggang keledar boleh digunakan dan di padsang ketika
memandu. Ujilah brek, lampu isyarat dan sesuaikan diri dengan keadaan kenderaan
sebelum memandu. Ini penting bagi mempastikan kita dapat memandu dengan selesa
dan menjamin keselamatan kita.
Faktor keempat yang boleh mengakibatkan kemalangan ialah
cuaca. Cuaca buruk boleh mempengaruhi pemanduan kerana akan menganggu
penumpuan, pandangan kurang jelas serta jarak memberhentikan kenderaan akan
bertambayh. Sekiranya cuaca tersangat buruk
baik sekirangnya pemandu mencari tempat yang selamat untuk berhenti
pemanduan.
Diyakini sekiranya semua pemandu memaikan peranan
masing-masing dan berhati dan mengambil kira dan memberikan perhatian factor yang
menyebabkan kemalangan pasti mampu mengurangkan kadar kemalangan dan kematian
akibat kemalangan. Pastinya tidak siapa yang mahu terlibat dalam kemalangan jesteru
itu pastikan kita mengamalkan pemanduan berhebah dan mengikut ciri-ciri
keselamatan yang telah dinyatakan.
Bagi mereka yang ingin mengambil lesen motorsikal boleh datang terus ke pejabat Institut Memandu Sinar di belakang Stesen Minyak Shell Jalan Kulim Padang Serai. Datang sekarang kerana Program myLESEN masih berjalan dengan hanya RM299.00. Keterangan lanjut boleh berhubung ditalian 04-485 1125 dan 04-572 1125.
Boleh juga layari FB Page :
|
Comments
Post a Comment