![]() |
Kenderaan Di Lebuh Raya |
MEMANDU di lebuh raya adalah lebih muda dan selesa. Walau
bagaimana pun bagi peemandu yang tidak
pernah menggunakan lebuh raya, mungkin akan mengalami satu pengalaman yang
baru. Kemalangan yang berlaku di lebuh raya berpunca daripada sikap pemandu
yang memandu laju tanpa memikirkan soal keselamatan.
Pemandu harus bertindak jika berlaku kecemasan semasa
memandu di lebuh raya. Apa yang penting pemandu perlu sedar bahawa lebuh
raya bukan tempat untuk memandu dengan
laju atau bertindak dengan sesuka hati. Ia lebih merupakan kemudahan bagi
keselesaan pemandu.
Berikut beberapa garis panduan yang perlu di ketahui sebelum,
semasa dan selepas memandu.
![]() |
Rutin Pemeriksaan Kenderaan |
1.
SEBELUM MEMANDU
a.
Perkara asas yang perlu dipastikan ialah
kenderaan berada dalam keadaan baik. Amalkan rautin pemeriksaan kenderaan (RPK) sebelum memulakan
kenderaan.
b.
Pastikan tekanan angina tayar yang betul dan
dalam keadaan baik.
c.
Pastikan keselesaan memandu dengan mengamalkan
rutin sebelum memandu (RSM).
d.
Elakan daripada membawa penumpang atau mautan
yang berlebihan.
e.
Pastikan tali pinggang keledar sentiasa dipakai
sepanjang perjalanan dan semua pintu hendaklah di kunci. Gunakan kunci khas
(Child Lock) jika ada pemumpang kanak-kanak.
f.
Pastikan membawa alat keselamatan.
2.
SEMASA MEMANDU
a.
Sentiasa mematuhi had laju yang ditetapkan.
b.
Sentiasa mematuhi semua tanda isyarat.
c.
Pemandu dinasihat supaya berhenti berehat di
tempat yang di sediakan selepas dua jam perjalanan.
d.
Sentiasa berhati-hati dengan kenderaan yang
keluar dan masuk lebuh raya.
e.
Lihat kepada tolok suhu dan penunjuk lain untuk
memastikan ia berfungsi dengan baik.
f.
Hendaklah sentiasa memandu di lorong pemanduan
(lorong 1). Untuk memotong gunakan lorong tengah (2) atau lorong kanan (lorong
3). Selepas memotong kembali ke lorong pemanduan.
g.
Semasa
menyalakan lampu isyarat sebelum memotong atau menukar lorong. Pemandu
mungkin berasakan tindakan tersebut tidak perlu apabila tidak kelihatan kereta
di belakang. Walau bagaimanapun pemandu mestilah ingat bahawa pandangan
belakang dan sisi terdapat kawasan yang tiodak dapat dilihat (blind spot).
h.
Sentiasa mengamalkan peraturan jarak 2 dan 4
saat untuk mengekori kenderaan di hadapan agar memberi ruang dan masa yang
mencukupi untuk bertindak jika kereta di hadapan berhenti tiba-tiba atau
mengalami kerosakan.
i.
Jangan sesekali memasang lampu hazard semasa
hari hujab sebaliknya nyalakan lampu. Lampu hazard hanya digunakan untuk
memberi amaran ketika kecemasan sahaja.

3.
SELEPAS MEMANDU
Selepas menamatkan perjalanan terutamanya perjalanan jauh pemandu
dinasihatkan memeriksa semula keadaan kenderaan seperti air bateri sis tem penyejuk, minyak engine, tekanan angina tayar
dan kerosakan kecil pada komponen kenderaan mungkin berlaku. Pebetulkan atau
baik pulih swemula kerosakan bagi mempastikan keadaan yang baik sentiasa
terpelihara.
Comments
Post a Comment