HAZARD dalam pemanduan merangkumi elemen-elemen yang boleh mendatangkan
bahaya yang sedia ada di persekitaran
atau terjadi dengan tiba-tiba. Jesteru,
pemerhatian yang lebih dan cekap pada setiap masa dapat membantu pemandu
tidak panik dan dapat menangani hazard
terutama dalam keadaan yang tidak disangka-sangka.
Secara amnya hazard terbahagi
kepada tiga bahagian, iaitu :
a. Ciri-ciri fizikal seperti simpang, bulatan dan selekoh.
b. Resiko yang timbul akibat kedudukan dan pergerakan
penguna jalan raya lainnya.
c. Masalah yang timbul daripada pemukaan jalan yang
pelbagai dan keadaan cuaca.
Jesteru, sebagai pemandu yang cekap dan berhemah, setiap elemen hazard ini harus ditangani dengan cepat dan menyesuaikan diri dengan keadaan jalan iaitu dengan menentukan kelajuan yang sesuai dan menentukan jarak mengekori yang sesuai.
Akhir sekali hazard kepada pemandu boleh berlaku secara tiba-tiba.
Sebagai contoh, anda mungkin berhadapan dengan kemalangan yang berlaku berhampiran anda, pokok tumbang,
objek yang jatuh atau berterbangan daripada
kenderaan lain, binatang yang melintas dan bermacam-macam keadaan lain.
Sekalilagi, sebagai pemandu yang cekap dan berhemah, menyesuaikan kelajuan
dan menjaga jarak mengekori menjadi keutamaan anda sebagai pemandu. Ini akan memberikan
anda lebih masa untuk bertindak sekiranya keadaan-keadaan tersebut benar-benar berlaku
ketika pemanduan.
Bagi mereka yang tinggal di sekitar Padang Serai,Tasek
Gelugor,Kulim dan Kuala Ketil yang ingin
mengambil lesen kereta,motosikal dan OKU
boleh datang terus ke Pejabat Institut
Memandu Sinar di belakang stesyen minyak
Shell,Jalan Kulim- Padang Serai .Program myLESEN untuk lesen motosikal dengan
bayaran RM299.00 masih berjalan.
Institut Memandu Sinar merupakan PUSAT SEHENTI dimana semua
urusan pembelajaran dan ujian akan dijalankan di sini. Institut Memandu Sinar
mempunyai pasarana yang baru serta mempunyai
tenaga pengajar yang profesional dan peramah dan pastinya akan memberikan keselesaan
kepada peserta kursus.
Keteranganlanjut silahubungi talian 04-485 1125 atau 04-572 1125
Sekiranya anda lapang boleh jugalayariFB Page kami.
Comments
Post a Comment