Motorsikal adalah kenderaan yang
agak bahaya kerana mempunyai dua tayar.
Kita perlu pandai mengimbangi badan kita terutama semasa dalam
perjalanan. Disini diberikan tips-tips menunggang motorsikal agar kita selamat.
Penunggang motorsikal perlu
merancang perjalanan bagi mengelakkan situasi kelam kabut saat-saat
terakhir. Kita perlu pastikan mendapat
rehat yang cukup terutama semasa hendak memulakan perjalanan yang jauh. Jangan
sekali-kali menunggang motorsikar dalam keadaan letih, mengantuk atau apabila
mengambil ubat-ubatan yang boleh menyebabkan kita rasa mengantuk. Kita juga
perlu membuat pemeriksaan tayar, brek dan lampu isyarat sebelum memulakan
perjalanan.
Penunggang motorsikal juga wajib
menggunakan topi keledar yang diluluskan oleh SIRIM dan kancingkan dagu dengan
ketat bagi mendapat perlindungan yang maksimum.
Semasa menunggang di atas jalan
raya kita perlu malah wajib patuhi had laju yang telah ditetapkan. Had laju itu
adalah mempastikan tahap kelajuan maksima yang selamat bagi jalan tersebut.
Kita perlu perlahankan motorsikal sekiranya hujan kerana jalan basah dan
lincin. Kita perlu jarakkan motorsikal kita dengan kenderaan lain di depan.
Penunggang motorsikal perlu
berhati-hati jika hendak menukar lorong kerana amat membahayakan. Berikan
isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa hendak mukar lorong.
Lihat keadaan di belakang melalui cermin sisi sebelum menukar lorong.
Penunggang motorsikal perlu
biasakan diri mengamalkan langkah-langkah keselamatan di persimpangan jalan.
Perlahankan motorsikal jika lampu isyarat kuning dan berhenti jika lampu merah
jangan sekali-kali menyelit keluar melanggar lampu isyarat.
Penunggang motorsikal perlu
memberikan perhatian dan memberikan keutamaan kepada penjalan kaki di kawasan
lintasan belang. Penunggang juga perlu mengelakkan mengekori kenderaan lain
terlalu rapat terutama sekali ketika tahap kelajuan yang tinggi.
Pihak keselamatan jalan raya
telah mengenal pasti keadaan laluan di jalan raya dan sekiranya jalan itu
bahaya maka mereka tidak membenarkan
kita memotong, patuhanlah arahan ini
demi untuk keselamatan kita.
Jangan sekali-kali kita memotong
barisan dan menyalahgunakan lorong kecemasan. Perbuatan ini pasti menimbulkan
perasaan tidak puas hati dan marah pengguna jalan raya lain. Jadi jadilah
penunggang yang berhemat demi keselamat diri kita sendiri.
Bagi mereka yang ingin mengambil
lesen motorsikal boleh datang terus ke pejabat Institut Memandu Sinar di
belakang Stesen Minyak Shell Jalan Kulim Padang Serai. Datang sekarang kerana
Program myLESEN masih berjalan dengan hanya RM299.00. Keterangan lanjut boleh
berhubung ditalian 04-485 1125 dan 04-572 1125.
Boleh juga layari FB Page :
Comments
Post a Comment