Program myLESEN 2.0 yang dilaksanakan dengan kerjasama
Jabatan Pengangkutan jalan (JPJ) masih diteruskan. Program ini dikhaskan untuk
lesen motosikal kelas āB2ā sahaja dengan bayaran hanya RM 299.00 sementara
program biasa untuk lesen yang sama RM
400.00 lebih. Maka bertindaklah daftar sekarang sebelum program ini di tutup
oleh JPJ.
Program ini terbuka kepada sesiapa saja warganegara dan
penduduk tetap. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan penunggang yang kompeten,
mematuhi peraturan dan berhemah bagi membantu mengurangkan kadar kemalangan
jalan raya (motosikal) melalui pengurangan golongan yang menunggang motosikal tanpa lesen
yang sah khususnya golongan remaja.
Disamping itu usaha ini
bertujuan membantu mengurangkan
bebanan peningkatan kos sara hidup yang meningkat waktu ini dengan kos
pembelajaran yang cukup rendah hanya RM299.00 sahaja. Ini merupakan yang kali
kedua dianjurkan oleh JPJ dan pihak JPJ adakan dan akan memberhentikan pada
bila-bila masa setelah sasaran dicapai.
Jesteru itu sebelum pihak JPJ memberhentikan program ini
dan mereka yang berhajat terpaksa berbelanja lebih untuk mendapatkan lesen yang
sama maka bertindaklah sekarang. Bagi mereka yang tinggal di sekitar Institut ini khususnya Padang Serai
dan masyarakat sekitarnya seperti Tasek
Gelugor, Kuala Ketil, Merbau Pulas ,
Lunas dan lain-lain boleh datang dan mendaftar di Institut
Memandu Sinar di belakang stesen minyak Shell jalan Kulim - Padang Serai.
Institut Sinar mempunyai tenaga pengajar yang
professional, cekap, terlatih dan efisyen untuk
mengajar. Institut Memandu Sinar juga merupakan Pusat SEHENTI di mana peserta kursus akan
belajar dan menjalan ujiannya di sini.
Mereka yang ingin mendaftar Program MyLESEN 2.0 boleh datang terus ke pejabat
Institut Memandu Sinar atau boleh
menghubungi talian 04-485 1125 atau 04-572 1125. Begitu juga yang berhajat untuk mengambil lesen kelas D dan Lesen OKU boleh juga datang mendaftar di sini.
Comments
Post a Comment