Peralatan Keselamatan Untuk Menunggang Motorsikal

Siapa pun tidak ingin perkara seumpama ini berlaku

MOTOSIKAL hanya bertayar dua dan risiko kemalangan penunggang motorsikal jauh lebih besar daripada kenedraan lain yang berada di atas jalan raya. Misalnya kereta menghimpit kerana mengelakan lubang misalnya dan motorsikal ada di sebelahnya boleh mengakibatkan kemalangan.
Statistik kemalangan mengikut kenderaan

Jesteru itu penunggang motosikal harus mengutamakan ciri-ciri keselamantan ketika menunggang malah perlu menggunakan alat keselamatan yang baik dan lengkap bagi mengelakan kecederaan menjadi lebih buruk lagi.

Penunggang motorsikal jangan sekali-kali mengabaikan penggunakan topi keledar. Topi keledar boleh menlindungi penunggang atau pembonceng mengalami kecederaan serius di bahagian kepala dan mengelakan kehilangan nyawa.

Namun memakai topi keledar saja tidak membantu jika tidak memberikan perhatian terhadap ciri topi keledar yang baik. Pihak kerajaan telah mengariskan standard pembuatannya mestilah di iktiraf oleh SIRIM. Ini penting bagi mempastikan ketahan topi keledar yang digunakan.

Saiz yang digunakan pula mestilah sesuai dengan  kepala dan diikat kemas dan betul. Tidak guna juga kita memamakai topi keledar tapi tidak diikat dengan kemas jika berlaku kemalangan topi keledar itu boleh keluar dan mendedahkan kepala kita cedera.

Topi keledar yang menepati ciri-ciri keselamatan pastinya mempunyai pemantul cahaya di bahagian belakang dan tepi topi keledar. Penggunaan warna juga perlu diberikan perhatian sebaik-baiknya nbewarna cerah dan terang  putih, kuning atau merah.

Jangan sekali-kali menggunakan topi keledar yang telah retak kerana ketahanannya sudah tidak cukup. Penunggang juga perlu memberikan perhatian terhadap tali pengikat topi keledar dan sekiranya rosak lebih baik diganti dengan yang baru.

Disamping itu topi keledar yang baik akan dilengkapi dengan cermin mata keselamatan dan pelindung muka. Cermin ini penting bagi mengelakan habuk dan serangga ketika menunggang dan boleh menjejaskan tumpuan penunggang dan mengakibatkan kemalangan.

Pemakaian kasut yang sesuai juga perlu diberikan perhatian, sebaiknya menggunakan but atau kasut yang mempunyai tapak yang kuat untuk memberikan kemudahan apabila penukaran gear dan  ketika menggunakan brek kaki agar memberikan lebih cengkaman. Penggunaan kasut yang sesuai juga dapat membantu agar kaki kita tidak meudah tergelincir ketika mengendalikan gear dan brek motosikal.

Bagi penunggang yang mengutamakan keselamatan maka pemakaian jaket keselamatan yang menutup keseluruhan tubuh bagi mengelakan diri dari kesejukan dan kecederaan. Jaket keselamtan ini juga dicadangan yang bewarna cerah dan terang. Disamping itu jangan lupa memakai baju pemantul cahaya terutama ketika menunggang diwaktu malam kerana bagi membolehkan pengguna jalan raya lain dapat melihat kita dengan lebih jelas.

Sarung tangan juga perlu bagi mengelakan kecederaan dan sarung tangan itu juga perklu dari jenis yang telap peluh  untuk memberikan keselesaan kepada penunggang motosikal.

Begitulah sebahgian  ciri-ciri keselamatan yang perlu di berikan perhatian oleh penunggang motorsikal bagi mengelakan kecederaan parah jika berlaku kemalangan disamping pelbagai perkara lain.

Comments

Post a Comment