![]() |
Kelas K.P.P. selama 5 jam |
Anda akan dibenarkan
menduduki Ujian Undang-Undang Berkomputer kira-kira 3 hari selepas selesai
tamat kelas K.P.P. 5 jam. Ujian ini sebenarnya mudah kerana anda telah
dibekalkan dengan buku teks, buku contoh soalan dan CD contoh soalan. Anda
hanya perlu mengulangkajinya. Walaubagaimanapun,
masih ramai yang menghadapi kesukaran untuk lulus dalam ujian ini. Malah
terdapat juga yang telah mengambil lebih daripada 3 kali, tetapi masih belum
lulus.
Disini diberikan beberapa
tips bagi membantu anda semua untuk
lulus. Terdapat 50 soalan di dalam ujian ini. Markah lulus
ialah 42 markah. Ini bermakna maksimum kesalahan yang boleh anda
lakukan ialah 8 soalan.
Ujian ini dibahagi
kepada 3 bahagian. Bahagian I (Papan Tanda).
Tujuannya adalah untuk menguji tahap kefahaman calon mengenai peraturan lalu
lintas dan undang-undang jalan raya.
Bahagian ini mempunyai 15 Soalan.
Bahagian ini adalah yang paling mudah. Oleh itu, anda perlu untuk menjawab
dengan betul pada semua soalan di bahagian ini. Cuba ketika anda keluar rumah
dengan menaiki kereta atau bas, sila perhatikan papan-papan tanda di jalan raya
dan fahamkan betul-betul fungsinya.
Bahagian II (Panduan Berhemat) pula mengandungi 25 Soalan.
Soalan-soalan di bahagian ini memang panjang dan agak susah sedikit. Ia
memerlukan anda untuk berfikir sebelum menjawab soalan-soalan tersebut. Sila
cuba untuk hanya melakukan 4 kesalahan sahaja.
Bahagian ini bertujuan
untuk menguji tahap kemnahiran calon pemandu mengawal kenderaan di litar dengan
cara mengendali dan mengolah gerak kenderaan mengikut elemen-elemen yang
ditetapkan.
Yang terakhir sekali
ialah Bahagian III (Akta Pengangkutan Jalan dan Sistem
Kejara). Ia mempunyai 10 soalan sahaja. Sekiranya anda
benar-benar mengulangkaji, pastinya tidak susah untuk menjawab soalan di
bahagian ini. Kerana semua jawapan yang diberikan adalah fakta. Anda
perlu mencapai markah yang tinggi dalam bahagian ini. Banyakkan latihan
menjawab soalan di bahagian ini dan cuba hafal soalan dan jawapannya. Oleh itu,
sila jangan membuat lebih daripada 3 kesalahan.
Bahagian ini bertujuan
untuk menguji tahap kemahiran calon
pemandu mengaplikasikan pemanduan selamat di jalan raya daripada segi mengenal pasti dan mengatasi hazard,
kebolehan mengurus kelajuan, memotong, menukar haluan dan kebolehan mengawal
kenderaan dengan kompeten dan selamat di jalan raya.
Kesimpulannya, jika anda
ikut apa yang diperkatakan di atas, anda hanya akan membuat 7 kesalahan sahaja
iaitu 0 di Bahagian I, 4 di Bahagian II dan 3 di Bahagian III. Anda akan
memperoleh markah 43/50 di mana sudah semestinya anda akan
lulus ujian ini. Ikut panduan-panduan di atas dan anda pasti berjaya, Insya
Allah.
Comments
Post a Comment