![]() |
JALAN SESAK SEMASA BALIK KAMPUNG |
PUASA Ramadhan sudah hendak sampai ke penghujungnya dan hanya beberapa hari saja lagi, kita akan
menyambut ketibaan hari kemenangan iaitu HARI RAYA. Bagi mereka yang tinggal
jauh dari kampung halaman pasti akan balik kampung menyambut 1 Syawal bersama
keluarga.
Jadi sebelum balik
kampung adalah perlu kita membuat
pemeriksaan terhadap kereta kita agar tidak mengalami masalah dalam ribuat dan
jutaan kenderaan lain yang hendak balik kampung. Ini pasti akan menyusahkan
diri keluarga dan kenderaan yang melalui jalan yang sama dengan kita.
![]() |
Sambutan Raya bersama keluarga di kampung |
Bagi memudahkan kita ada baiknya kita berkunjung ke mana-mana pusat servis
kenderaan atau pun Puspakom bagi memeriksa tahap keselamatan kenderaan kita.
Tetapi secara asasnya, kita juga boleh
melakukan pemeriksaan sendiri sebelum ke pusat servis kenderaan bagi
penyelenggaran dan penukaran alat ganti (jika diperlukan).
Apa yang boleh anda lakukan? INSTITUT MEMANDU SINAR akan berikan
asas pemeriksaan kenderaan yang boleh kita lakukan terlebih dahulu sebelum membawanya ke
mana-mana pusat servis berhampiran.
1) Periksa keadaan tayar kenderaan bagi memastikan bunga
tayar haus sama rata, tiada rekahan atau gelembung dan rodanya tidak bergoyang.
Jika tayar kenderaan sudah haus (atau istilah lain ‘tayar botak’), anda
disarankan menukarnya pada yang baharu.
Jangan lupa untuk membuat penjajaran (alignment) dan
imbangan (balancing) tayar kenderaan anda. Imbangan tayar perlu diperiksa untuk
memberi kestabilan memandu dan cara paling mudah mengesannya jika kenderaan
lebih berat ke sebelah kiri atau kanan di samping stereng bergetar ketika
memandu.
Juga pastikan tayar diisi dengan angin secukupnya. Jangan lupa periksa keadaan tayar simpanan,
pastikan ia juga cukup angin dan selamat digunakan. Juga sila pastikan kit
menukar tayar lengkap seandainya tayar kenderaan pancit di tengah jalan, anda
boleh menukarnya sendiri tanpa panik jika kit kelengkapannya tidak cukup.
![]() |
Pemeriksaan di Pusat Servis |
PIC BAIKI KERETA
2) Periksa brek terutama lapisan brek kenderaan dan tukar
jika mulai menipis, haus atau tidak rata.
Jangan lupa untuk periksa minyak brek
dan saluran minyak juga. Kebocoran brek pada bahagian roda sukar dikesan jika
membabitkan kebocoran kecil, tetapi boleh dikesan jika terdapat buih selepas
menyembur air deras pada bahagian berkenaan.
3) Jangan lupa untuk memeriksa bateri kenderaan anda, adakah
ia masih boleh digunakan lagi atau pun sudah sepatutnya digantikan pada yang
baharu. Jika masih boleh digunakan, periksa kandungan airnya (bagi penggunaan
bateri basah), pastikan ia berada di paras yang sepatutnya. Pastikan air
digunakan itu berjenama dan dihasilkan syarikat yang berdaftar bagi mengelakkan
memendekkan usia bateri.
4) Periksa warna dan paras minyak enjin anda. Jika ia
semakin likat dan hitam pekat, ini bermakna ia sudah kotor dan sudah sampai
masanya untuk anda menukar pada minyak enjin yang baharu. Juga jangan lupa
untuk memeriksa paras minyak enjin anda. Tambah jika diperlukan.
Namun sebaik-baiknya untuk perjalanan yang jauh, anda
disarankan untuk menukar minyak enjin yang baharu, termasuklah penapisnya (oil
filter) sekali. Minyak enjin yang terlalu kotor boleh menyebabkan kompenan di
dalam enjin bergeser dengan kuat kerana kekurangan molekul minyaknya.
![]() |
Periksa Minyak Hitam |
5) Pemeriksaan air radiator tidak harus ditumpukan kepada
tangki penyejuk sebaliknya perlu juga dilihat bahagian dalamnya. Buka penutup
radiator dan mungkin dapat lihat air yang berkarat atau kotoran melekat pada
penutupnya dan ia perlulah ditukar.
Anda hanya perlu membuka penutup ‘drain out’ yang
terletak di bahagian bawah radiator dan biarkan air mengalir hingga kering.
Kemudian jolok hos paip dan pancutkan air ke dalam lubang
radiator supaya lebihan kotoran keluar. Selepas itu, tutup semula ‘drain out’
dan isikan radiator dengan air bersih dengan mencampurkan satu tin kecil penyejuk
atau pencuci radiator.
5) Lampu utama, lampu utama dan lampu belakang juga usah
diabaikan. Pastikan ia masih berfungsi dengan baik.
6) Pastikan penghawa dingin kenderaan anda berfungsi dengan
sempurna. Jika perlu diservis atau ditambah gas, bawa saja ke pusat servis
penghawa dingin kenderaan yang dipercayai.
7) Periksa semua tali sawat seperti ‘timing belt’ dan ‘air
cond belt’, pastikan ia berada dalam keadaan baik, tidak merekah atau berbulu.
Jika terdapat tanda-tanda kerosakan, sila tukar pada kompenen yang baharu.
8) Jika brek kenderaan berbunyi atau kenderaan bergegar
ketika membrek, sila periksa sistem brek kenderaan anda termasuklah pad brek,
hos brek dan juga piston di dalam brake caliper. Jika ia berada dalam keadaan
yang kurang baik, tukarkan kepada alat ganti yang baharu.
KESEMPATAN INI PORTAL RASMI INSTITUT MEMANDU SINAR INGIN
MENGUCAPKAN SELAMAT HATI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA PEMBACA PORTAL
INI.
Lepas sambutan hari raya ini dan anda atau ahli keluarga ingin mengambil lesen memandu
kelas ‘B2’ dan ‘D’ serta lesen OKU boleh
mendaftar di INSTITUT MEMANDU SINAR Jalan Padang Serai - Kulim di belakang stesen
minyak Shell, sebelum sampai ke pekan Padang Serai. Boleh juga menghubungi melalui
telefon untuk mendapatkan keterangan lanjut di talian 04-485 1125 atau 572 1125
Kalau senang boleh juga lawati FB Page kami :
Comments
Post a Comment