INSTITUT Memandu Sinar telah ditubuhkan pada tahun
2013 dan mula beroperasi pada bulan Mac tahun lepas. Usia Institut Memandu
Sinar baru setahun lebih dan segala peralatan yang digunakan seperti bilik
kuliah, komputer, litar latihan dan ujian kereta dan motosikal semuanya masih
baru dan berkeadaan baik yang dapat memberikan keselesaan untuk belajar.
Institut Memandu Sinar merupakan
PUSAT SEHENTI di mana proses pengambilan lesen memandu, proses
pembelajaran dan ujian dibuat di sini. Para peserta kursus tidak perlu pergi ke
lain-lain tempat untuk belajar atau menjalani ujian. Bagi peserta kursus yang
menghadapi masalah kenderaan untuk ke insttitut ini bagi menjalani latihan dan ujian pihak institut menyedia perkhidmatan pengangkutan dan
dikenakan caj yang berpatutan.
Disamping peralatan yang serba
baru Institut ini juga mempunyai tenaga pengajar yang professional, cekap,
terlatih dan efisyen. Para peserta juga
dapat menikmati kemudahan seperti kantin, surau dan tandas yang selesa untuk digunakan.
Institut menawarkan pembelajaran untuk mendapatkan lesen B2, lesen D, lesen B2 dan D sekali gus
serta lesen memandu untuk OKU malah kemudahan tuition bagi mereka yang telah
memiliki lesen tetapi takut untuk memandu.
Bagi mereka yang berhasrat
mengambil lesen memandu dan menunggang motosikal khususnya yang tinggal di Padang Serai, Tasek Gelugor, Lunas, Merbau Pulas, Kuala Ketil dan kawasan-kawasan lain yang berhampiran Padang Serai boleh mendaftar terus di Institut Memandu Sinar di belakang stesen minyak Shell Jalan Kulim – Padang Serai. Untuk mendapatkan keterangan lanjut boleh
berhubung melalaui talian 04-485 1125 atau 04-572 1125.
Boleh juga layari FB Page :
Comments
Post a Comment