![]() |
Calon sedang menghadapi ujian Lesen Kelas B2 |
Beginilah perjalanan
menghadapi Ujian Lesen Kelas B2 bagi mereka yang akan menduduki atau pun
berimpian untuk mengambil lesen memandu kelas B2.
1. Dalam ujian praktikal kelas B2, calon harus menunggang
dengan baik dan yakin. Walaupun ia nampak mudah, calon perlu mendapatkan
latihan sepenuhnya sebelum menghadapi ujian. Ini bagi memudahkan calon ketika
menghadapi ujian nanti kerana semua latihan yang dijalankan adalah sama dengan
ujian tersebut.
2.Sebelum mula
menunggang motorsikal, calon perlu memakai topi keledar dengan cara yang betul
dan kemas. Pastikan tidak ada ruang yang longgar ketika mengikat tali topi
keledar itu.
3. Pusingan 8, pastikan anda menunggang di atas pusingan 8
itu dengan menggunakan gear yang kedua.
Ianya merupakan gear yang lebih lancar, tidak terlalu perlahan dan tidak
terlalu laju. Ikut betul-betul pusingan tersebut supaya tidak terbabas. Calon
sama sekali tidak dibenarkan untuk menurunkan kaki ke atas jalan raya.
4. Selepas itu, calon perlu melepasi laluan titi sepanjang 7 atau 8 meter dalam tempoh 7 saat
ke atas. Di sini calon mestilah menunggang secara perlahan dan pandai untuk
mengimbangkan motor di atas titi tersebut dengan menggunakan gear 2. Cuba buat
kiraan “satu ribu satu” hingga “satu ribu tujuh” ketika di atas titi tersebut.
Selesai kiraan, calon boleh terus bergerak ke depan untuk menuruni titi
tersebut.
5. Seterusnya ialah
mengawal motosikal ketika melalui antara kon-kon yang diletakkan secara
“zig-zag”. Di sini ialah halangan yang paling mudah untuk dilakukan oleh calon.
Sekali lagi diingatkan, jangan turunkan kaki ke atas jalan raya. Yang terkakhir
sekali dalam bahagian 2 ialah memberhentikan motorsikal secara kecemasan.
Dengan had laju yang sederhana, calon dikehendaki berhenti dalam ruang yang diberikan. Calon perlu untuk menekan
brake tangan dan brake kaki serentak di sini. Ketika berhenti, hanya kaki kiri
sahaja memijak jalan raya. Kaki kanan masih di atas brake.
6. Selesai ujian bahagian 2, kini calon perlu pula untuk
melepasi ujian bahagian 3 iaitu ujian jalan raya. Calon perlu memeriksa topi
keledar terlebih dahulu supaya ikatannya kemas. kemudian, periksa satu persatu
lampu hadapan dan belakang, lampu brake, lampu signal kiri dan kanan di hadapan
dan belakang, ‘side mirror’ kiri dan kanan serta bunyikan hon sebelum berjalan.
Pastikan calon memberikan isyarat signal dan isyarat tangan sebanyak tiga kali jika ingin belok ke kiri atau kanan. Ketika
berhenti, pastikan tangan kanan diangkat menandakan calon berhenti. Apabila
selesai,turun dari motor dan letak motor tersebut dengan “Stand” dua kaki. Menggunakan “stand” satu kaki akan
mengakibatkan calon ditolak markah.
Diharap tips-tips di atas dapat membantu anda dalam
manghadapi ujian menunggang motosikal
nanti.
Bagi anda yang ingin mengambil Lesen B2 atau D serta Lesen
untuk OKU boleh datang mendaftar diri di Pejabat INSTITUT MEMANDU SINAR di belakang
stesen minyak Shell Jalan Kulim- Padang Serai atau hubungi talian 04-485 1125
atau 04-572 1125 untuk mendapatkan keterangan lanjut.
Kalau ada kelapangan boleh juga menjengok FB Page kami :
Comments
Post a Comment