Bagi Mengelakkan kemalangan jalan raya yang meragut nyawa,
kecederaan dan kehilangan harta benda
maka semua pemandu dan penunggang motosikal perlu menjadi seorang pemandu yang
baik. Jika kita ingin berlumba masuk
saja ‘GRAND PRIX’ yang dianjurkan oleh
pihak tertentu.
Disamping kita dapat mencipta nama dan kerjaya kalau berjaya, kita juga ada perlindungan
insuran jika berlaku kemalangan dan kita juga tidak menganggu pengguna jalan raya lainnya.
![]() |
KALAU NAK BERLUMBA LEBIH BAIK MASUK GRAND PRIX |
Buku Kurikulum Pendidikan Pemandu Kelas ‘D’ Manual telah
mengklasifikasikan beberapa sikap pemandu yang baik. Mengikut buku tersebut
pemandu yang baik bukan sahaja melalui kemahiran dan pengalaman tetapi melalui
sikap dan disiplin semasa di jalan raya seperti berikut : -
I.
Bertanggungjawab
II.
Penumpuan
III.
Jangkaan
IV.
Kesabaran
V.
Keyakinan
Perkara yang dinyatakan di atas membentuk sikap pemandu
sekali gus akan mempengaruhi cara pemanduan sesaorang. Memupuk dan mengamalkan sikap yang betul di jalan raya adalah sangat
penting bukan sahaja untuk membentuk peribadi pemandu yang baik bahkan dapat
menjamin keselamatan pemandu, penunggang dan pengguna jalan raya lainnya dan
dapat mengurang kadar kemalangan jalan yang kebanyakannya berpunca daripada
kesilapan dan kecuaian pemandu sendiri.
Faktor pertama untuk membentuk sikap pemandu yang baik adalah
BERTANGGUNGJAWAB. Sebagai pemandu yang bertanggungjawab, kita mestilah
memberikan perhatian keselamatan diri dan penumpang. Kita juga perlu memberikan
perhatian keselamat pengguna jalan raya lain khususnya mereka yang terdedah
kepada bahaya seperti kanak-kanak, orang tua,
orang kurang upaya (OKU, penunggang basikal dan motosikal.
Kita perlu memerhati dengan baik dan merancang pemanduan
supaya dapat mengelakkan daripada membahayakan dan menyusahkan pengguna jalan
raya lainnya. Sentiasa mengamalkan sikap bertolak ansur semasa memandu dan
memaafkan pengguna jalan raya lainya.
Faktor kedua dalam kita membentuk untuk menjadi pemandu yang
baik ialah PENUMPUAN. Kita perlu malah wajib memberikan tumpuan semasa
memandu dalam apa jua keadaan bagi
menjamin keselamatan diri, penumpang dan pengguna jalan raya lainnya. Sebarang kecuaian semasa memandu boleh
mengakibatkan kemalangan jalan raya yang bukan saja merosakkan harta benda
malah boleh menyebabkan kecederaan dan kehilangan nyawa.
Pemandu disaran agar tidak memandu ketika letih dan kurang
sihat, dalam keadaan marah dan mengalami
tekanan perasaan. Pemandu juga perlu memandu dalam jarak yang
selamat kerana dapat memberikan
masa untuk bertindak jika berlaku
perkara yang diluar jangkaan.
Penumpuan merupakan
asas bagi kemahiran menjangka yang dibantu melalui penglihatan yang
baik, pendengaran yang baik, kesihatan yang baik dan disiplin diri yang tinggi.
Elakkan diri daripada melakukan perkara yang boleh menghilangkan tumpuan pada
jalan seperti menggunakan telefon bimbit, mendengar muzik dengan kuat dan
lain-lain lagi.
![]() |
JANGAN GUNA TELEFON BIMBIT KETIKA MEMANDU |
Faktor seterusnya adalah JANGKAAN dalam pemanduan. Sikap pemandu yang baik lazimnya akan mengikut
peraturan jalan raya yang telah ditetapkan. Peraturan ini akan memberi peluang
kepada pemandu bertindak sepatutnya untuk menghadapi segala perubahan di sekeliling dengan spontan. Disamping
itu kita sentiasa mengawasi dan membuat
jangkaan terhadap tindakan penguna jalan raya lainya.
Faktor lain kita juga perlu BERSABAR dan kesabaran adalah
sifat mulia dan merupakan kunci utama kea rah pemanduan yang selamat. Ketidakcekapan dan kelakuan buruk pengguna
jalan raya lainnya akan menguji kesabaran kita.
Jangan sekali-kali membiarkan perkara itu menpengaruhi pemanduan kita
dan bersedialah untuk memaafkan kesilapan mereka. Tindakan cuba membalas
tindakan mereka hanya akan menjurus kepada konflik sekali gus meningkatkan risiko
kemalangan.
Faktor terakhir dalam membentuk diri untuk menjadi pemandu yang baik adalah KEYAKINAN. Keyakinan pula berkiat rapat dengan kemahiran, keupayaan menjangka
dan pengalaman. Lazimnya pemandu baru kurang yakin tetapi keyakinan akan dibina
melalui latihan dan pengalaman. Pemandu
yang baik juga perlu mengelak daripada merasa terlalu yakin.
Bagi anda yang ingin mengambil Lesen B2 atau D serta Lesen untuk OKU boleh datang mendaftar diri di Pejabat INSTITUT MEMANDU SINAR di belakang stesen minyak Shell Jalan Kulim- Padang Serai atau hubungi talian 04-485 1125 atau 04-572 1125 untuk mendapatkan keterangan lanjut.
Bagi anda yang ingin mengambil Lesen B2 atau D serta Lesen untuk OKU boleh datang mendaftar diri di Pejabat INSTITUT MEMANDU SINAR di belakang stesen minyak Shell Jalan Kulim- Padang Serai atau hubungi talian 04-485 1125 atau 04-572 1125 untuk mendapatkan keterangan lanjut.
Boleh juga layari FB Page :
Comments
Post a Comment