Ujian di Litar Institut Memandu Sinar, Padang Serai |
INSTITUT Memandu Sinar adalah sebuah syarikat yang baru
beroperasi dalam setahun lebih. Oleh kerana
keadaan masih baru semua kelengkapan dan kemudahan juga baru termasuklah
litar latihan dan ujian memandu dan menunggang motosikal.Peralatan dan litar
latihan dan ujian juga memainkan peranan penting semasa latihan dan ujian baik
memandu mahupun menunggang motosikal.
TIP LULUS UJIAN MEMANDU DI LITAR
Sebelum memulakan ujian, check dulu keadaan kereta. Tali
keledar keselamatan, tombol gear,cermin sisi, cermin pandang belakang, pedal
minyak, pedal brek, pedal klac semuanya dalam keadaan baik. Agar masa ujian
takda masalah berlaku.
• Pakai
tali keledar.
• Semak
semua cermin sisi dan pandang belakang. Pastikan ia membantu penglihatan anda.
• Pastikan
gear dalam keadaan neutral. Hidupkan enjin dengan tenang.
• Masuk
gear 1 dan pandu perlahan-lahan. Jangan lupa memberi isyarat ketika membelok.
Litar di Institut Memandu Sinar |
Ujian menaiki bukit.
• Pandu
kereta dengan kelajuan rendah sehingga tiba ke garisan dan tekan brek kaki dan
kemudian tangan. Jangan terlalu gopoh. Pastikan kereta anda betul-betul berada
di atas garisan melebihi 50% tayar hadapan. Kemudian angkat tangan.
Ujian menuruni bukit.
• Ujian ini
memerlukan anda fokus, Pastikan enjin tidak mati ketika hendak turun. Tekan dan
lepaskan klac dan tekan pedal minyak perlahan-lahan sehingga anda rasa kereta
anda seperti terangkat. Pada ketika itu stabilkan pada keadaan terangkat itu.
Turunkan brek tangan dan kereta anda akan berjalan menuruni bukit dengan
selamat. Terus pandu untuk ujian seterusnya.
Ujian Parking 3 Penjuru
• Pandu kereta
dengan cermat kemudian belok ke dalam kawasan ujian dan belok sekali lagi untuk
petak parking. Pastikan anda mengagak saiz petak dan jarak tembok dengan betul.
Dah masuk, undur pula kereta anda dengan berhati jangan sampai makan line atau
langgar tembok kemudian keluar seperti biasa.
Ujian Parking Sisi
• Ujian ini
memerlukan anda parking secara ke sisi dan agak rumit. Untuk cara mudah lihat
gambar ini.
Bagi yang ingin mengambil lesen memandu khususnya mereka
yang tinggal di Padang Serai, Tasek Gelugor, Lunas, Kuala Ketil, Merbau Pulas
dan sebagainya boleh datang mendaftar di INSTITUT MEMANDU SINAR di Padang
Serai, Institut Memandu Sinar mempunyai Litar Latihan dan Ujian yang baru.
Datang dan daftar dengan INSTITUT MEMANDU SINAR di belakang stesen minyak Shell Jalan Kulim - Padang Serai ATAU SEGERA HUBUNGI
TALIAN 04-485 1125 ATAU 04-572 1125 untuk keterangan lanjut.
Comments
Post a Comment