PADANG SERAI : INSTITUT Memandu Sinar sedang melancarkan
Program myLESEN 2.0 yang diperkenalkan oleh
pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan kos pembelajaran hanya RM299.00.
Cepat bertindak kerana lagi 3 bulan
program ini genap setahun dan pihak JPJ boleh memberhentikan program ini pada
bila-bila masa.
En. Zulkifli Saad, Pengarah Urusan Institut Memandu Sinar |
Menurut Pengarah Urusan Institut Memandu Sinar En. Zulkifli Saad, program ini telah dilancarkan
pada 15
September tahun lepas dan
pihak Institut Memandu Sinar yang merupakan Pusat SEHENTI untuk belajar memandu
telah mengambil peluang ini dalam usaha menggalakkan masyarakat dan golongan
remaja khususnya untuk mendapatkan lesen yang sah untuk menunggang motosikal.
“Sambutan yang kami terima amat memberansangkan. Kami berharap ibu bapa yang menyedari anak mereka yang berusia 16
tahun ke atas dan dah berani menunggang motosikal dapat merebut peluang keemasan ini. Pihak JPJ boleh memberhentikan
pada bila-bila masa dan ketika itu kadar bayaran untuk mendapatan lesen
motorsikal B2 akan kembali seperti biasa RM400 lebih.”
“Tujuan pihak JPJ melancarkan program ini adalah untuk
melahirkan penunggang yang kompeten, mematuhi peraturan dan berhemah bagi
membantu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya (motosikal) melalui
pengurangan golongan belia yang menunggang motorsila tanpa lesen
yang sah.” Ujarnya.
En. Zulkifli seterusnya menjelaskan, program
juga bertujuan bagi membantu mengurangkan bebanan
peningkatan kos sara hidup yang meningkat waktu ini dengan kos pembelajaran
yang cukup rendah hanya RM299.00 sahaja. Ini merupakan yang kedua dan pihak JPJ adakan dan akan memberhentikan
pada bila-bila masa setelah sasaran dicapai.
“ Saya berharap golongan ibu-bapa yang tahu anak-anak mereka
sering menunggang motosikal tanpa lesen mengambil inisiatif menghantar
anak-anak mereka belajar bagi mendapatkan lesen yang sah melalui program ini.Tindakan
ini penting jika tidak mempunyai lesen anak-anak kita yang menunggang motosikal
tidak mempunyai perlindungan insuran dan jika kemalangan berlaku ia akan
menyusahkan diri kita sendiri. “
Ujian Menunggang Motosikal di Litar Institut Memandu Sinar |
“Saya berharap
masyarakat sekitar Institut ini khususnya Padang Serai dan masyarakat
sekitarnya seperti Tasek Gelugor, Kuala
Ketil, Merbau Pulas , Lunas dan lain-lain dapat mengambil peluang keemasan ini. Kami
sedia menerima berapa ramai sekali pun.
Kami mempunyai tenaga pengajar yang professional, cekap, terlatih dan
efisyen untuk mengajar”
“Kelebihan belajar di sini semua kelengkapan pembelajaran
baru dan menrupakan Pusat SEHENTI di mana peserta kursus akan belajar dan
menjalan ujiannya di sini. Mereka yang ingin mendaftar boleh datang terus ke
pejabat Institut Memandu Sinar di Padang Serai belakang stesen minyak Shell
Jalan Kulim Padang Serai atau boleh menghubungi talian 04-485 1125 atau 04-572
1125.”
Boleh juga layari FB Page :
Comments
Post a Comment