![]() |
Kurang Yakin Ketika Memandu |
Takut Memandu? Walaupun Ada Lesen Memandu ! Apa puncanya? Berdasarkan kajian terdapat 8 punca besar masalah ini. Antaranya :-
1 ) Kurang keyakinan diri.
2) Takut berlaku kemalangan.
3) Kurang latihan memandu dan jarang memandu kereta.
4) Tidak ada kereta sendiri.
5) Latihan memandu hanya di kawasan sekitar laluan dan
parking ujian memandu di institut memandu sahaja.
6) Menghafal tanpa memahami sistem kawalan kenderaan
menyebabkan mereka lupa setelah lama tidak memandu.
7) Mengambil lesen memandu sekadar memenuhi masa lapang atau
memenuhi kehendak ibu bapa tapi tidak
minat memandu.

Sedang menjalani ujian di litar
8) Mempunyai tanggapan setiap kenderaan berbeza cara
mengendalikannya mengikut besar atau kecil saiz kereta walaupun peraturan dan
undang-undang lesen memandu kelas D boleh memandu semua jenis kereta samaada
kereta auto maupun manual.

Comments
Post a Comment