PADANG SERAI : INSTITUT Memandu Sinar yang merupakan PUSAT SEHENTI untuk belajar memandu telah mengambil inisiatif dengan menyertai Program MyLESEN 2.0 yang diperkenalkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia.
![]() |
Pengarah Urusan Institut Memandu Sinar En. Zulkifli Saad |
Program myLesen ini merupakan satu inisiatif yang dirangka
khusus kepada orang ramai khususnya golongan belia yang belum memiliki lesen
memandu yang sah. Mereka yang berumur 16
tahun ke atas yang tinggal di bandar atau luar Bandar digalakkan menyertai program ini. Program myLesen ini dikhususkan motosikal
kelas B2 tunggal sahaja (motosikal tidak melebihi 250 s.p.)
Tujuan melaksanakan program ini adalah untuk melahirkan
penunggang yang kompeten, mematuhi peraturan dan berhemah bagi membantu
mengurangkan kadar kemalangan jalan raya (motosikal) melalui pengurangan
golongan belia yang menunggang motorsila
tanpa lesen yang sah.
Program ini diyakini dapat memberikan manfaat kepada
golongan belia khususnya. Program ini juga membantu mengurangkan bebanan
peningkatan kos sara hidup yang meningkat waktu ini dengan kos pembelajaran
yang cukup rendah hanya RM299.00 sahaja.
![]() |
Peserta sedang diuji menunggang motorsikal |
Pengarah Urusan Institut Memandu Sinar, En. Zulkifli
Saad menyeru agar masyarakat Padang
Serai dan kawasan-kawasan sekitar seperti Tasek Gelugor, Kuala Ketil, Kulim dan
lain-lain khususnya golongan remaja mengambil peluang menyertai program ini.
“Saya yakin dengan kos pembelajaran sebanyak RM299.00, ramai
orang menyertai program ini. Saya berharap golongan ibu-bapa yang tahu
anak-anak mereka sering menunggang motosikal mengambil inisiatif menghantar
anak-anak mereka belajar bagi mendapatkan lesen yang sah.”
“Tindakan ini penting jika tidak mempunyai lesen anak-anak
kita yang menunggang motosikal tidak mempunyai perlindungan insuran dan jika
kemalangan berlaku ia akan menyusahkan diri kita sendiri. Disamping itu pihak
PDRM akan menyaman naik mahkamah bagi pemandu dan penunggang motosikal malah
golongan yang membenarkan mereka menunggang motosikal tanpa lesen juga akan
dikenakan tindakan yang keras.” ujar En. Zulkifli.
Menurut En. Zulkifli, program ini telah dilancar oleh pihak
JPJ pada 15 September tahun lepas dan boleh diberhentikan bila-bila masa oleh
JPJ, jesteru itu mereka yang ingin lesen menunggang motorsikal B2 segera
mendaftar sebelum JPJ menutup program ini.
![]() |
Ujian menunggang Motorsikal |
Comments
Post a Comment