Kalau kurikulum dulu peserta kursus akan terus memandu tapi
kini peserta kursus akan didedahkan
pelajaran membuat pemeriksaan kereta sebelum memulakan perjalanan.
Rautin pemeriksaan sebelum memulakan perjalanan satu amalan yang baik dan perlu
diteap dalam diri setiap pemandu bagi mempastikan kereta dalam keadaan baik
bagi mengelakkan kerosakan dan kemalangan
dalam perjalanan.
Rautin pemeriksaan sebelum memulakan perjalanan adalah
Pemeriksaan Luaran Kenderaan, Pemeriksaan Ruangan Engin Kenderaan dan Pemeriksaan But Kenderaan
Panduan Pemeriksaan Luaran Kenderaan. Berjalan mengelilingi
kereta mengikut pusingan jam dan
perhatikan samada terdapat sebarang kerosakan luaran kereta yang biasa berlaku
seperti berikut :-
i. TAYAR
a. Bahagian
tayar yang mempastikan keselamatan pemandu dan penumpang
b. Tayar
bertindak sebagai kusyen bagi membantu system suspense untuk menyerap gegaran
agar tidak sampai ke badan kederaan.
c. Tayar
perlu di jajarkan (alignment) bagi mempastikan
bunga tayar sekata.
d. Tekanan
angina tayar perlu diperiksa dengan menggunakantolok pengukur tekanan angin dan
bacaannya antara 26 psi ke 32 psi atau
180 kpa ke 220 kpa. Sekiranya tekanan
tayar kurang atau lebih menyebabkan
kehausan tayar tidak sekata.
e. Kebanyakan tayar mempunyai pertunjuk
aras kehausan tayar. Ia menunjuk kan kedalaman bunga tayar //16 inci yang
dibenarkan. Pastikan tayar kereta tidak merekah, mengelembung atau terkoyak.
ii. LAMPU
a. Pastikan
lampu hadapan, lampu belakang, lampu isyarat, lampu brek, lampu brek ketiga dan
lampu undur berfungsi dengan baik.
b. Pastikan
cermin lampu hadapan dan belakang tiada sebarang keretakan atau pecah. Jika
rosak mesti ditukar.
c.
Pastikan cermin lampu depan dan belakang bersih dari sebarang kekotoran.
Gunakan kain yang lembut bagi membersihkan kotoran.
iii.
CERMIN/BILAH PENGELAP CERMIN
a. Pastikan
bilah pengelap cermin dalam keadaan baik. Sekiranya keras, retak dan terkoyak
ia akan gagal mengelap air sepeniuhnya semasa membuat p[emanduan di waktu
hujan. Ia juga boleh menyebabkan cermin rosak.
b. Pastikan
semua cermin kereta dalam keadaan baik dan bersih.
iv. BADAN
KENDERAAN
a. Semasa
membuat pemeriksaan badan kenderaan pemandu hendaklah mempastikan elemen di
bawah ini diberikan perhatian :-
- Plet
kenderaan mesti dalam keadaan baik.
- Bamper
kereta juga dalam kedaan baik
- Penutup
but dan bonet dalam keadaan baik
- Cermin
sisi pastikan dalam keadaan baik dan bersih
-
Pastikan pintu dan tingkap dapat digunakan dengan baik
-
Periksaan bahagian bawah kenderaan
untuk mengesan sebarang kebocoran air dan minyak.
v. PEMERIKSAAN RUANG ENJIN
a. Buka bonet dengan
menarik tompol yang terdapat dibahagian bawah sebelah kanan papan pemuka. Bonet
akan terangkat dan tolak bahagian pengunci keselamatan dan angkat keatas
sepenuhnya. Letakan tompang sebagai
penahan bonet dan mulakan pemeriksaan bahagian minyak enjin seperti berikut :-
- Periksa
minyak enjin dalam keadaan maksimum dan minimum dengan tarik batang penyukat
(dipstick)
- Minyak
brek juga pastikan berada dalam keadaan maksimum dan minimum.
- Minyak
stereng kuasa pastikan berada dalam keadaan maksimum dan minimum.
- Minyak
Gear dalam keadaan maksimum dan minimum
dengan tarik batang penyukat (dipstick)
b. Periksa
paras air di bahagian tersebut di bawah dan
pastikan berada dalam keadaan baik dan mencukupi :-
- Air radiator
- Air tangki
- Air bateri
- Air pengilap cermin
c. Periksa tali pesawat pastikan tidak pecah dan berbulu. Tekan tali pesawat
dengan menggunakan ibu jari untuk memeriksa tahap kekendurannya. Tahap
ketegangan mestilah di antara 0.5 cm ā 1.0 cm.
- Periksa
bilah kipas pastikan dalam keadaan baik.
- Periksa
semua sambungan seperti wayar, hos dan terminal bateri.
vi. PEMERIKSAAN
RUANG BUT KERETA
Tarik tumpul yang terletak di bahagian bawah sebelah kanan
tempat duduk pemandu untuk membuka but. Buka but dan baut pemeriksaan peralatan
kecemasan dalam keadaan baik. Peralatan itu seperti berikut :-
a. Tanda
amaran tiga segi
b. Kotak ubat dan buku penduan
c. Lampu
suluh
d. Alat
pemadam api jenis kering
e. Jek dan
pemutar
f. Pembuka
nut roda
g.
Peralatan pembaikan
h. Sepana
boleh laras
i. Kabel
jumper
j. Tali
untuk tunda
k. Alat
pemutar skru
l. Sepana
palam pencucuh
m. Pelbagai
jenis sepana
n. Playar
o. Satu
tabung mengandungi air bersih
Terdapat beberapa bahagian lagi sebelum peserta kursus menjalani ujian di Litar dan Jalanraya.
PASTIKAN ANDA MENDAFTAR DI INSTITUT MEMANDU SINAR YANG
TERLETAK DI PADANG SERAI KERANA MEMPUNYAI SEGALA KELENGKAPAN YANG BARU SEPERTI
KERETA DAN LITAR PEMANDUAN YANG BARU.
Sila berhubungan terus dengan Institut Memandu Sinar
ditalian 04-485 1125 & 04-572 1125 untuk mendaftar atau mendapatkan
keterangan lanjut.
Boleh juga layari FB Page :
Comments
Post a Comment