SIKAP PEMANDU YANG BAIK


PEMANDU yang baik dinilai bukan sahaja melalui kemahiran dan pengalaman tetapi juga memalui sikap atas disiplin di atas jalan raya menarngkumi perkara-perkara di bawah :-
1.            BERTANGGUNJAWAB
Sebagai pemandu yang bertanggunjawab, kita mestilah mempertimbangkan keselamatan :
a.    Diri dan penumpang
b.    Pengguna jalan raya yang lain terutama mereka yang lebih terdedah kepada bahaya :
i.              Kanak-kanak
ii.            Orang tua
iii.           Orang Kurang Upaya (OKU)
iv.           Penunggang basikal
v.            Penunggang motosikal

2.            PENUMPUAN
i.      Berupaya memberi penumpuan semasa memandu dalam apa jua keadaan bagi menjamin keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang  lain.

ii.    Setiasa memberi penumpuan terhadap pemanduan dan jalan kerana kecuaian yang kecil boleh menyebabkan kemalangan.


iii.   Elakkan daripada memandu apabila :
a.    Letih atau kurang sihat
b.    Dalam keadaan marah
c.    Mengalami tekanan perasaan.

iv.   Pastikan memandu dalam jarak selamat agar dapat memberi masa yang lebih untuk bertindak.

v.    Penumpuan adalah asas  bagi kemahiran menjangka. Ia dibantu melalui :
a.    Penglihatan yang baik
b.    Pendengaran yang baik
c.    Kesihatan yang baik
d.    Disiplin diri

vi.   Elakkan daripada melakukan perkara yang boleh mengalih penumpuan pada jalan seperti menggunakan telefon bimbit, mendengar muzik dengan kuat dan lain-lain lagi.

3.            JANGKAAN
i.              Jangkaan dalam pemanduan bermaksud bersedia dan merancang lebih awal, seterusnya mengambil tindakan yang sepatutnya untuk menghadapi segala perubahan sekeliling. Dengan pengalaman ia akan menjadi satu reaksi spontan.
ii.            Sentiasa membuat jangkaan terhadap tindakan pengguna jalan raya lain.
iii.           Sekiranya merancang lebih awal dan selalu menjangka tindakan pengguna jalan raya yang  lain ia dapat :
a.    Mengurangkan kecuaian
b.    Mengurangkan dan mengelakkan kewujudan hazard.
c.    Menjauhi atau keluar daripada kawasan hazard.

4.            KESABARAN
i.              Kesabaran adalah satu sifat yang mulia dan merupakan kunci utama ke arah pemanduan yang selamat. Ketidakcekapan dan kelakuan buruk pengguna jalan raya yang lain akan menguji kesabaran ketika memandu.
ii.            Jangan sekali-kali membiarkan perkara ini mempengaruhi pemanduan. Bersedia untuk memaafkan kesilapan mereka.
iii.           Mencuba untuk membalas kesalahan mereka dengan melakukan pemanduan yang bahaya atau tidak sopan  hanya akan menjurus kepada konflik yang sekali gus meningkatkan risiko kemalangan.

5.            KEYAKINAN
i.              Keyakinan berkait rapat  dengan kemahiran, keupayaan menjangka dan pengalaman.
ii.            Pemandu baru selalunya kurang yakin dengan pemanduan mereka tetapi keyakinan akan bertambah dengan latihan dan pengalaman.
iii.           Pemandu yang baik akan mengelak daripada merasa terlalu yakin.

Perkara yang tersebut di atas membentuk sikap pemandu sekali gus akan mempengaruhi cara pemanduan seorang pemandu. Memupuk dan mengamalkan sikap yang betul di atas jalan raya adalah sangat penting bukan sahaja membentuk peribadi  pemandu yang baik  bahkan dapat menjamin keselamatan pemandu, penunggang dan pengguna jalan raya yang lain sekali gus mengurangkan kadar kemalangan jalan raya yang berpuncar daripada kesilapan pengguna jalan raya sendiri.


Bagi mereka yang tinggal di sekitar PADANG SERAI, TASEK GELUGOR, MERBAU PULAS, KULIM dan KUALA KETIL yang ingin mengambil lesen kereta,motosikal dan OKU boleh datang terus ke Pejabat Institut Memandu Sinar  di belakang stesyen minyak Shell,Jalan Kulim- Padang Serai. Program myLESEN untuk lesen motosikal dengan bayaran RM299.00 masih berjalan.

Institut Memandu Sinar merupakan PUSAT SEHENTI dimana semua urusan pembelajaran dan ujian akan dijalankan di sini. Institut   Memandu Sinar mempunyai  pasarana yang baru serta mempunyai tenaga pengajar yang profesional dan peramah dan pastinya akan memberikan keselesaan  kepada peserta kursus.

Keterangan lanjut sila hubungi talian 04-485 1125 atau  04-572 1125

Sekiranya anda lapang boleh juga layari FB Page kami.


Comments