HATI-HATI PEMEGANG LESEN MEMANDU 'P'


Mulai 16 Julai 2013, Kerajaan telah memperkenalkan lesen memandu bentuk baru. Lesen memandu yang terlibat adalah lesen memandu percubaan dan lesen memandu kompeten.

Bagi lesen memandu bentuk baru yang di pohon di pejabat JPJ atau UTC JPJ. Pemohon diberi pilihan sama ada membawa gambar warna sendiri (berukuran 25mm x 32mm dengan latar belakan putih), atau mengambil gambar dikuanter atau menggunakan gambar Mykad.

1.       PENGELUARAN LESEN MEMANDU PERCUBAAN

a.       Lesen memandu percubaan ini di keluarkan oleh JPJ kepada pemandu baru bagi tempoh selama dua tahun bagi mengenakan beberapa batasan supaya pemandu baru diberi masa untukmemperolihi kemahiran dan pengalaman untuk menjadi mpemandu kompeten.

b.      Jika pemegang lesen memandu percubaan membuat tambahan kelas lesen memandu, kelas lesen memandu yang ditambah juga juga akan mengikut tempoh percubaan 2 tahun kelas memandu yang pertama.


2.       SYARAT-SYARAT YANG DIKENAKAN KEPADA PEMEGANG LESEN MEMANDU PERCUBAAN

a.       Pemegang lesen memandu percubaan diwajibkan mematuhi beberapa syarat semasa memandu di atas jalan raya iaitu :

i.                     Membawa lesen memandu percubaan bersamanya.

ii.                   Mempastikan kadar alcohol dalam nafas, darah dan air kencing 0.00%.

iii.                  Mempamerkan tanda pengenalan ‘P’ di hadapan dan di belakang kenderaan.



b.      Pemegang lesen memandu percubaan yang didapati melanggar mana-mana syarat tersebut di atas adalah melakukan kesalahan di bawah Kaedah 15A Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Lesen Memandu) 1992 dan boleh didakwa di bawah Seksyen 119 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jika disabitkan  dengan kesalahan itu,  bagi kesalahan pertama , boleh didenda RM2,000 atau 6 bulan penjara. Manakala bagi kesalahan kedua dan seterusnya didenda RM4000 atau 12 bulan penjara atau kedua-diuanya sekali.

c.       Sabitan kesalahan juga akan mengumpul mata demerit seperti berikut :-

d.      Pemegang lesen memandu percubaan juga akan dikenakan mata demerit sekiranya melakukan kesalahan terjadual lain di bawah system mata demerit KEJARA.

e.      Mana-mana pemegang lesen memandu percubaan yang telah mengumpul 10 mata demerit atau lebih akan mengakibatkan lesen  memandu percubaannya dibatalkan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia.

      f.        Sekiranya lesen memandu percubaan dibatalkan, sesaorang itu dilarang memandu, memegang atau memohon apa-apa lesen (termasuk lesen belajar memandu) bagi tempoh 12 bulan dari tarikh penyerahan lesen memandu percubaan.

    g.     Selepas tempoh larangan, sesaorang itu hendaklah mengulang semula proses latihah dan ujian sebelum dibenarkan untuk mendapatkan lesen memandu dan akan dikenakan tempoh percubaan sekali lagi.



Institut Memandu Sinar merupakan PUSAT SEHENTI dimana semua urusan    pembelajaran dan ujian akan dijalankan di sini. Institut Memandu Sinar
mempunyai  pasarana yang baru serta mempunyai tenaga pengajar
yang profesional dan peramah dan pastinya akan memberikan
keselesaan kepada peserta kursus.

Keteranganlanjut silahubungi talian 04-485 1125 atau  04-572 1125


Sekiranya anda lapang boleh juga layari FB Page kami.


Comments


  1. Bolehkah pemegang lesen P Motorcycle membawa penumpang?

    ReplyDelete
  2. lesen p.sy tmat tmpoh . dimanakah sy perlu membyar pejabat pos atau jpj

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk P yang baru nak renew full mesti ke JPJ/UTC

      Delete
  3. Apa yang akan terjadi selepas pemandu percubaan disaman kerana tidak mempamerkan 'P' pada cermin kenderaan?

    ReplyDelete
  4. Pemandu p terlibat kemalangan diberitahu kena bayar rm400 pada workshop, byran utk apa ya? Mohon pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya ni caj tambahan daripada syarikat insurans (mcm denda gak ah) sebab pemandu dikira tak kompeten /lesen baru.

      Delete
    2. jd adakah lesen P d tarik jikalau berlaku kemalangan?

      Delete
    3. Tumpang tanya, jika kemalangan berlaku disebabkan orang lain, tapi saya lesen P, tetap kena bayar 400 ke en.?

      Delete
  5. Kalau kena saman akan tolak demerit ke

    ReplyDelete
  6. kalau kene saman tak letak sticker p untuk pertama kali adakah lesen terus dibatalkan ?

    ReplyDelete
  7. klu org tu masih dlm p tpi die terlibat dlm kemalangan sbb langgar blkg kereta...jdi mcm mane dgn lesen P die tuu..adakah die cuma membayarr saman sahaja atau mcm mane yrr...mohon pencerahan semua

    ReplyDelete
  8. Kalau pemegang lesen p kemalangan atas kecuaian pemandu lesen p apakah lesen akan digantung

    ReplyDelete
  9. brpe lama tempoh selepas p tamat tarikh sebelum reniuw baru, skrg waktu pkp tak sempat nk buat baru

    ReplyDelete
  10. Sekiranya PEMEGANG lesen percubaan (P) terlibat dlm kemalangan adakah automatic lesen terbatal?

    ReplyDelete
  11. Adakah pemegang lesen P dikenakan apa apa tindakan jika membawa lebih penumpang

    ReplyDelete
  12. Boleh tak seseorang itu memandu kereta yang ada stiker P sedangkan pemandu sudah ada matang?

    ReplyDelete
  13. Boleh tak seseorang itu memandu kereta yang ada stiker P sedangkan pemandu sudah ada lesen matang?

    ReplyDelete
  14. Sekiranya pemegang lesen P membawa motosikal & disamam kerana tidak memakai helmet bagaimana ya?

    ReplyDelete
  15. Kalau takede lesen motor tapin ade lesen kereta P , Kene saman Langgam lampu isyart akan ada ape2 kesan tak utk lesen P kereta

    ReplyDelete
    Replies
    1. Langgar lampu isyarat lesen p akan dibatalkan serta merta dan perlu menunggu 12 bulan untuk ambil ujian semula

      Delete
  16. ingin bertanya saya sudah punyai lesen motor sudah habis tamat tempoh lekat P" dua tahun. yang ni pula ambil lesen kereta pula adakah kereta saya perlu lekat sticker P"

    ReplyDelete
    Replies
    1. wajib lekat sticker pada kereta selama memengang lesen P

      Delete
  17. Bolehkah pemegang lesen P membawa kenderaan peronda syarikat.?

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. Brp tahun lama pengalaman memandu peneman org sebelah pemandu lesen P kereta wajib ada semasa dia memandu atau x ada syarat jpj atau pemandu P blh pandu se org diri tanpa peneman berpengalaman ?

    ReplyDelete
  20. Lesen memandu p boleh bawa berape orang

    ReplyDelete
  21. nk tnya boleh
    1.u turn tmpt tkleh u turn
    2.pelekat p depn blkng
    3.pelakt p belakng shaja

    ReplyDelete
  22. Kalau lesen pemandu P melakukan kesalahan dan dilanggar, tetapi pmndu P dikenakan saman.. Jdi mcmne tu

    ReplyDelete
  23. Saya dah lulus ujian kereta jpj litar tapi x boleh nak buat kad lesen sebab pkp.adakan saya akan dikenakan saman jika memandu di jalanraya?

    ReplyDelete
  24. Apa jadi jika Lesen p saya sudah tamat tempoh Dan saya langgar belakang kereta. Tempoh tamat nya sudah sampai 3 bulan

    ReplyDelete
    Replies
    1. saman RM300 ibarat tiada lesen, kena pergi ke jpj counter untuk renew

      Delete
  25. Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  26. Baik saye tanye laman jpj lagi bagus. Laman ni tak aktiflah. Letih.

    ReplyDelete
  27. Saya ada Lesen Motor jenis B tahun 2009, tapi dah tak pernah renew sampai sekarang, boleh tak sy renew sekarang?

    ReplyDelete
  28. Kalau kita di saman kerana tidak pakai topi keledar lesen p akan di batalkn ke?

    ReplyDelete
  29. saya nak tanya kalau sessorang tu memegang lesen P kemudian berlaku kemalangan melibatkan police report apa akan terjadi pada lesen P itu ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam policy insurance bagi pemegang lesen P jika terlibat dalam kemalangan akan dikenakan penalti RM400, bayar pada workshop semasa kereta da siap

      Delete
  30. Dulu pernah expired lesen L memang tersiksa sungguh. Kena start dari awal semula

    ReplyDelete
  31. Lesen P boleh bawa penumpang dalam kereta?

    ReplyDelete
  32. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  33. Kalau pemegang lesen P boleh x bawak kereta rentas sempadan Malaysia - Indonesia?

    ReplyDelete
  34. boleh ke lesen P buat cermin gelap tapi ikut aturan jpj nak ??

    ReplyDelete
  35. Nak kena buat apa ya klu langgar lampu isyarat dlm lesen P.?

    ReplyDelete
  36. Saya dapat saman motor ,untuk tak pakai topi Dan tak ade road tax ,ade tak (licence p @D) saya kena affect ,kena tolak mata dermit

    ReplyDelete

Post a Comment