PEMANDU DAN PENUNGGANG MOTOSIKAL


Semasa memandu di jalan raya pemandu kenderaan hendaklah memikirkan kenderaan kecil terutama motosikal. Motosikal adalah kenderaan dua tayar jika tersilap sikit maka mereka akan terjatuh. Begitu juga apabila hujan melihat takungan air dan penunggang motorsikal sedang menunggang motosikal perlahankanlah kenderaan agar agar tidak mercik kepada mereka.
Dibawah ini terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian ketika berhadapan dengan penunggang motosikal :
1.    Penunggang motorsikal  adalah golongan yang paling tinggi terlibat dalam kemalangan jalan raya. Kerana selain daripada faktor kenderaan yang banyak terdapat di jalan raya, golongan ini juga terdiri daripada penunggang muda dan murid-murid sekolah. Oleh yang demikian semasa berhadapan dengan penunggang motosikal, pemandu kenderaan yang lebih besar terpaksalah berwaspada dan lebih berhati-hati.

2.    Pemandu kenderaan tidak digalakkan membunyikan hon apabila melintasi/memotong penunggang motosikal  ia kemungkinan akan membuatkan mereka terkejut dan terkeluar daripadab laluan dan memasuki lorong sebelah kanan. Walau bagaimanapun hon boleh dibunyikan jika perlu.



3.    Pemandu kenderaan hendaklah mengekori penunggang motosikal di hadapan  pada jarak yang selamat dan jangan mengekori mereka terlalu rapat, kerana ia boleh menganggu tumpuan penunggang motosikal dan juga menakutkan mereka. Gunakan peraturan 2 saat dan 4 saat.

4.    Pemandu kenderaan  perlu memberikan isyarat yang cukup dan jelas semasa hendak menukar haluan, memotong  atau semasa membelok ke kiri atau ke  kanan di samping melihat cermin pandang belakang dan cermin sisi untuk memeriksa kawasan ‘titik buta’ bagi mempastikan tiada penunggang motosikal yang rapat.

Bagi mereka yang tinggal di sekitar PADANG SERAI, TASEK GELUGOR, MERBAU PULAS, KULIM dan KUALA KETIL yang ingin mengambil lesen kereta,motosikal dan OKU boleh datang terus ke Pejabat Institut Memandu Sinar  di belakang stesyen minyak Shell,Jalan Kulim- Padang Serai. Program myLESEN untuk lesen motosikal dengan bayaran RM299.00 masih berjalan.
                    
Institut Memandu Sinar merupakan PUSAT SEHENTI dimana semua urusan pembelajaran dan ujian akan dijalankan di sini. Institut   Memandu Sinar mempunyai  pasarana yang baru serta mempunyai tenaga pengajar yang profesional dan peramah dan pastinya akan memberikan keselesaan  kepada peserta kursus.

Keterangan lanjut sila hubungi talian 04-485 1125 atau  04-572 1125

Sekiranya anda lapang boleh juga layari FB Page kami.

Comments