UJIAN KEKOMPETENAN MEMANDU


UJIAN kompetenan adalah untuk mempastikan setiap calon pemandu telah mencapai satu tahap pencapaian piawai daripada segi kogniitif psikomotor dan efektif bagi membudayakan pemanduan selamat.

Ujian ini di adakan untuk menentukan tahap kekompetenan sesaorang pemandu sebelum ianya diberikan lesen memandu  dan dibenarkan memandu di jalan raya.

a.BAHAGIAN 1 (UJIAN TEORI UNDANG-UNDANG JALAN RAYA DAN PEMANDUAN BERHEMAH)
Tujuan ujian ini untuk menguji tahap kefahaman calon pemandu mengenai peraturan lalu lintas dan undang-undang jalan raya. Ujian bahagian 1 ini ramai yang mengenainya sebagai ujian berkomputer.

Calon yang menduduki ujian ini berjaya mendapat sekurang-kurangnya 42 markah daripada 50 markah. ( Sebanyak 50 soalan diberikan dengan peruntukan masa selama 45 minit). Sebelum menduduki ujian ini calon perlu menghadiri KPP.01 selama 6 jam (JPJL2A) mengikut kumpulan kelas yang dipohon sebelum menjalani ujian bahagian 1. Ujian bahagian 1 hanya boleh diduduki dalam tempoh sah sijil JPJL2A iaitu 1 tahun.

b.    BAHAGIAN 2  (UJIAN PRATIKAL PEMANDUAN DI LITAR)
Tujuan adalah untuk menguji tahap kemahiran calon pemandu mengawal kenderaan di litar dengan cara mengendali dan mengolah gerak kenderaan mengikut elemen-elemen yang ditetapkan.

Calon akan diuji  samada mampu mengaplikasikan  pemanduan selamat  daripada segi mengenal pasti hazard, kebolehan mengurus kelajuan, memotong, menukar laluan dan keboleh mengawal kenderaan.

Pegawai JPJ akan menjalankan ujian  selekoh ‘S’, selekoh ‘Z’, Mendakli dan menurunji bukit, memarkin sisi dan Pergerakan Tiga Penjuru kepada calon.

Sebelum menduduki ujian inicalon hendaklah menjalani latihan Pratikal di Litar  (KPP02) dan Patikal  di Jalan Raya (KPP03) selama 10 jam dan telah lulus penilaian sebelum ujian. Lesen belajar memandu masih berkuat kuasa dan telah melebihi 30 hari daripada tarikh lesen memandu di keluarkan.

c.    BAHAGIAN 3 (UJIAN PRATIKAL  MEMANDU MOTOKAR DI JALAN RAYA)
Calon akan di uji memandu di jalan raya yang telah ditetapkan oleh Pegawai JPJ berada di tepi  untuk  menilai.

Semua Keputusan ujian kekompetenan ini akan dimaklumkan serta  merta selepas menjalani ujian. Calon yang gagal bahagian 1 di benarkan mengambil semula ujian pada bila-bila masa setelah tempahan ujian dilakukan. Manakala calon yang gagal bahagian 2 dan 3 hanya boleh menduduki semula ujian selepas seminggu daripada tarikh ujian.


Sekiranya calon rasa terkilan di atas keputusan  ujian Bahagian 2 dan 3 boleh mengemukakan rayuan bertulis sehari selepas gagal ujian kepada pejabat JPJ yang mengendalikan ujian tersebut.


Bagi mereka yang tinggal di sekitar PADANG SERAI, TASEK GELUGOR, KULIM dan KUALA KETIL yang ingin mengambil lesen kereta,motosikal dan OKU boleh datang terus ke Pejabat Institut Memandu Sinar  di belakang stesyen minyak Shell,Jalan Kulim- Padang Serai. Program myLESEN untuk lesen motosikal dengan bayaran RM299.00 masih berjalan.

Institut Memandu Sinar merupakan PUSAT SEHENTI dimana semua urusan pembelajaran dan ujian akan dijalankan di sini. Institut   Memandu Sinar mempunyai  pasarana yang baru serta mempunyai tenaga pengajar yang profesional dan peramah dan pastinya akan memberikan keselesaan  kepada peserta kursus.

Keterangan lanjut sila hubungi talian 04-485 1125 atau  04-572 1125

Sekiranya anda lapang boleh juga layari FB Page kami.


Comments