FAKTOR YANG MENYEBABKAN KEMALANGAN MOTOSIKAL



Statistik Polis Diraja Malaysia yang mendapati bahawa purata kes kemalangan melibatkan motosikal di negara ini adalah sekitar 120,000 kes setahun, meningkat dari 111,819 pada tahun 2008 kepada 130,080 kes pada tahun 2012.

Manakala kes kemalangan maut melibatkan penunggang motosikal meningkat dari 3,963 kes pada tahun 2008 kepada 4,780 kes pada 2012 dengan peningkatan 20.6% bagi tempoh lima tahun. Statistik ini menunjukkan resiko penunggang motosikal mengalami kemalangan amat besar  malah boleh melibatkan kemalangan maut.

Menurut kajian terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada kemalangan penunggang motosikal. Bagi mengelakan kemalangan penunggang perlu menjadi penunggang berhemat dan mesti mengetahui punca-punca kemalangan dan cuba mengelakkan kemalangan dari berlaku.

Terda[ppat enam punca utama yang telah dikenalpasti boleh menyebabkan kemalangan jika penunggang tidak berhati-hati :

1.    PENUNGGANG
ü  Merupakan faktor terpenting dan utama yang menyebabkan kemalangan apabila penunggang dalam keadaan fizikal yang letih, fikiran dan emosi yang tertekan.
ü  Pastikan mental dan fizikal baik. Contohnya penunggang yang letih, mengantuk, marah, bimbang atau cemas  tidak sepatutnya menunggang.
ü  Jangan menunggang lepas minum minuman keras atau dibawah pengaruh dadah. Dilarang menunggang jika mempunyai 80 miligram alkohol setiap 100 milimeter kandungan darah.
ü  Bijak menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca atau jalan yang berubah.
ü  Jangan menggunakan ubat yang tidak mendapat kelulusan doktor, mesti mendapatkan nasihat doktor jika mengalami masalah kesihatan.
ü  Gunakan peraturan 2 saat, 4 saat atau 12 saat apabila mengekori kenderaan lain.
ü  Jangan memotong di kawasan larangan. Sentiasa kerlingcermin sisi kiri dan kanan.
ü  Sentiasa bersabar dan bertimbang rasa serta mematuhi  tanda dan isyarat jalan raya.

2.    JALAN
ü  Jalan raya dibina supaya kenderaan dapat bergerak dengan selamat dan selesa, tapi keadaan jalan tidak selamnya baik pada setiap masa. Jalan akan rosak kesan dariapada hujan,  panas, minyak yang tumpah dan sebagainya.
a.    Kelajuan menunggang mesti mengikut keadaan jalan.
b.    Kurangkan kelajuan semasa hujan atau jalan lincin.

ü  Menunggang laju di permukaan jalan raya berair menyebabkan kawalan batang pemegang (hendal), tayar dan brek tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Proses di mana tayar tidak mencecah permukaan jalan raya disebabkan terdapat lapisan air di bawahnya dikenali sebagai ‘hydropanning’.


3.    KENDERAAN
ü  Motosikal adalah kenderaan bermotor yang memerlukan penyelenggaraan berkala kerana motosikal yang tidak berfungsi dengan baik boleh menyebabkan kemalangan.
ü  Pastikan brek, lampu hadapan, lampu brek, lampu isyarat dan hon sentiasa berfungsi dengan baik.
ü  Tayar hendaklah dipastikan dalam keadaan baik dan berbunga.
ü  Ujian brek, lampu isyarat dan sesuaikan diri dengan keadaan motosikal sebelum menunggang.

4.    CUACA
ü  Hujan lebat dan kabus tebal boleh menyebabkan pandangan jadi kurang jelas.
ü  Hujan lebat diikuti dengan angin kencang kadang kala menghalang penunggang motosikal untuk terus menunggang.
ü  Keadaan jalan yang basah juga akan menjadi lincin dan memudahkan penunggang tergelincir.

5.    CAHAYA
ü  Hazard yang mungkin dihadapi adalah seperti  cahaya berlebihan atau tidak mencukupi seperti menunggang menghadapi matahari, silauan embun pagi atau cahaya lampu dari arah hadapan.
ü  Mata akan kembali pulih  seperti biasa dari silauan dalam masa 7 saat dan jika penunggang memacu kenderaan 70km/j jarak motosikal tersebut akan bergerak sejauh 140 meter. Oleh itu, sesuaikan kadar kelajuan apabila menghadapi keadaan tersebut.

6.    LALU LINTAS
ü  Keadaan sesak lalu lintas boleh menyebabkan kemalangan. Kekerapan kemalangan biasanya berlaku pada waktu puncak atau waktu sibuk.
ü  Faktor tempat seperti kawasan berhampiran pusat beli belah, kawasan kilang, kawasan sekolah, kawasan-kawasan kompleks sukan dan lain-lain boleh memungkinkan kemalangan berlaku.

ü  Bagaimanapun enam keadaan hazard tersebut boleh diatasi atau didhadapi jika penunggang memiliki ciri-ciri penunggang berhemat.


Bagi mereka yang tinggal di sekitar PADANG SERAI, TASEK GELUGOR, KULIM dan KUALA KETIL yang ingin mengambil lesen kereta,motosikal dan OKU boleh datang terus ke Pejabat Institut Memandu Sinar  di belakang stesyen minyak Shell,Jalan Kulim- Padang Serai. Program myLESEN untuk lesen motosikal dengan bayaran RM299.00 masih berjalan.


Institut Memandu Sinar merupakan PUSAT SEHENTI dimana semua urusan pembelajaran dan ujian akan dijalankan di sini. Institut   Memandu Sinar mempunyai  pasarana yang baru serta mempunyai tenaga pengajar yang profesional dan peramah dan pastinya akan memberikan keselesaan  kepada peserta kursus.

Keterangan lanjut sila hubungi talian 04-485 1125 atau  04-572 1125


Sekiranya anda lapang boleh juga layari FB Page kami.

Comments