BAGAIMANA KITA HENDAK MEMANDU DI NEGARA ASING?


KADANG-KADANG kita mungkin tertanya-tanya bagaimana orang asing boleh memandu di negara kita, adakah mereka ada lesen memandu yang sah? Adakah lesen memandu di negara mereka boleh digunapakai di negara kita? Jika boleh adakah lesen memandu kita boleh digunapakai di negara asing? Jika boleh bagaimana dan apakah syarat-syaratnya.

Kali ini Portal Institut Memandu Sinar akan menyingkap persoalan ini.  Oleh sebab itui anda semua di saran mengikuti portal ini bagi kita mengetahui pelbagai permasalah, teknik dan tip berkiatan dengan undang-undang lalu lintas. Mungkin kita sudah lama memegang lesen memandu tetapi perubahan baru mengenai undang-undang lalu-lintas kita tidak mengetahuinya.

Dan bagaimana cara kita hendak mendapatkan PERMIT MEMANDU ANTARA BANGSA adalah seperti berikut :-

1.    Pemegang Permit Memandu Antarabangsa atau Internasional Driving Permit (IDP) dari negara-negara yang mempunyai perjanjian dua hala dengan Malaysia dan negara-negara yang tersenarai dalam Perjanjian United Nation Conference on Road and Motor Transport 1949 & 1968 boleh menggunapakai  IDP bagi memandu di Malaysia selagi IDP  tersebut masih berkuat kuasa.

2.    Bagi pemegang –pemegang lesen memandu kompeten Malaysia yang ing memandu di negara asing adalah dinasihati memohon IDP di mana-mana pejabat JPJ Negeri yang berdekatan.  Permohonan IDP juga boleh dibuat di pejabat Persatuan Automobil Malaysia (AAM). Lesen memandu kompeten handaklah masih berkuat kuasa sekurang-kurangnya 1 tahun.

3.    Permohonan IDP hendaklah dipohon dengan mengemukakan :
a.    Lesen memandu kompeten/  MyKad / pasport asal atau salinan fotostat.
b.     1 keping gambar warna berukuran 25mm X 32 mm.

c.    Bayaran RM150 untuk 1 tahun.



Bagi mereka yang tinggal di sekitar PADANG SERAI,TASEK GELUGOR, KULIM dan KUALA KETIL  yang ingin mengambil lesen kereta,motosikal   dan  OKU boleh datang terus  ke Pejabat Institut Memandu   Sinar  di         belakang stesyen minyak Shell,Jalan Kulim- Padang Serai. Program myLESEN untuk lesen  motosikal dengan bayaran RM299.00 masih berjalan.

Institut Memandu Sinar merupakan PUSAT SEHENTI dimana semua urusan pembelajaran dan ujian akan dijalankan di sini. Institut mempunyai tenaga pengajar yang profesional dan peramah dan   pastinya akan memberikan keselesaan  kepada peserta kursus.

Keterangan lanjut sila hubungi talian 04-485 1125 atau  04-572 1125


Comments