PATUHI ISYARAT JALAN RAYA


Semua pemandu dan penunggang motosikal perlu mematuhi tanda-tanda isyarat selain mengamalkan kod lebuh raya yang ditetapkan untuk mempastikan keselamatan terjamin. Diyakini sekiranya semua pengguna jalan raya mengikuti dan mematuhi segala isyarat, peraturan dan undang-undang jalan raya pasti dapat mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya.

Oleh itu amat penting mempelajari dan memahami makna setiap tanda-tanda  isyarat lalu lintas yang digunakan di jalan raya seperti mana yang telah dikatagorikan mengikiut jadual di bawah Kaedah 5, Kaedah-Kaedah Penganggukatan Jalan 1959.

a.    Fungsi isyarat lalu lintas adalah untuk menyampaikan maklumat kepada pengguna jalan raya dengan jelas dan boleh :

i.              Dilihat
ii.            Difahami
iii.           Mengambil tindakan sepatutnya.


b.    Tanda-tanda dan isyarat ini dipasang untuk :

i.              Mengatur pergerakan lalu lintas
ii.            Memberi peringatan dan memberitahu pengguna jalan raya tentang bahaya atau maklumat mengenai kawasan tersebut.

c.    Tanda-tanda dan isyarat ini mesti dipatuhi walaupun tiada bahaya yang kelihatan di hadapan. Sebagai pemandu berhemah, jangan pandang ringan terhadap tanda-tanda dan isyarat ini.

d.    Sekiranya terdapat pengguna jalan raya lain tidak mematuhi tanda-tanda dan isyarat ini, jangan jadikan alasan untuk melakukan perkara yang sama. Ia bukan sahaja membahayakan diri dan orang lain, tetapi memberi contoh yang tidak baik terutama kanak-kanak.


Bagi mereka yang tinggal di sekitar Padang Serai,Tasek Gelugor,Kulim dan Kuala Ketil  yang ingin  mengambil  lesen kereta,motosikal dan  OKU boleh datang terus  ke Pejabat           Institut Memandu   Sinar  di belakang stesyen minyak                   Shell,Jalan Kulim- Padang Serai . Program myLESEN                   untuk    lesen  motosikal dengan  bayaran RM299.00            masih berjalan.


Institut Memandu Sinar merupakan PUSAT SEHENTI di mana semua urusan pembelajaran dan ujian akan dijalankan di sini. Institut Memandu Sinar  mempunyai  pasarana yang baru serta mempunyai tenaga pengajar yang  profesional dan  peramah dan   pastinya akan memberikan  keselesaan      kepada peserta kursus.


Keterangan lanjut sila hubungi talian 04-485 1125 atau  04-572 1125


Sekiranya anda lapang boleh juga layari FB Page kami.



Comments