OP SELAMAT PENINGKATAN KADAR KEMALANGAN JALAN RAYA


MAJORITI pengguna jalan raya baik pemandu motokar mahupun penunggang motosikal mempunyai lesen memandu yang sah.  Bagi mendapatkan lesen memandu yang sah yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)  setiap orang perlu menjalani latihan di sekolah-sekolah memandu yang terdapat di seluruh negara dan di uji oleh pegawai JPJ sendiri.

Jadi dalam pengajaran di sekolah-sekolah memandu telah mengajar para pelajarnya memandu  kenderaan  dan menunggang motosikal dengan berhemah disamping kecekapan memandu dan menunggang.  Sekiranya semua pengguna jalan raya mengamalkan sikap memandu berhemah di yakini dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Tidak ada siapa yang menggunakan jalan raya ingin terlibat dalam kemalangan jalan raya. Kemalangan jalan raya bukan saja merugikan masa, tenaga malah wang ringgit dan ada kemungkinan mengalami kecederaan atau kematian. Namun masih ada pemandu dan penunggang motosikal  yang memandu dan menunggang motosikal mengikut hati mereka.

Dipetik daripada akhbar tempatan Pengarah Jabatan Siasatan  dan penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Mahamad Akhir Darus berkata,  sepanjang 7 hari (bermula dari 21 hingga 27 Januari) OPS SELAMAT  telah mencatit 11,440 kemalangan dan jumlah itu meningkat 6 peratus iaiitu penambahan 642 berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Menurut Datuk Mahamad Akhir Darus,  daripada jumlah tersebut terdapat 95 kemalangan maut telah direkodkan  dan  59 kematian  terdiri daripada penunggang dan pembonceng manakala 25 kematian membabitkan pemandu dan penumpang kereta.

Katanya analisis awal mendapati antara faktor kemalangan disebabkan pemanduan tidak cekap, salah membuat pertimbangan sebelum mengambil tindakan semasa di jalan raya, tabiat suka mencelah atau menghimpit kenderaan lain serta kurang memberi tumpuan.

“Sebanyak 103,856 saman melibatkan pelbagai kesalahan telah dikeluarkan sejak operasi itu dilancarkan iaitu menurun sebanyak 20 peratus berbanding 129,871 saman bagi tempoh yang sama pada tahun lepas.”
“ Pihak berkuasa juga ada mengeluarkan 68,146 saman menerusi notis kesalahan lalu lintas yang dikesan dalam rakaman kamera manakala 26,494 saman dikeluarkan anggota trafik dan selebihnya adalah saman yang ditukar daripada notis kesalahan kepada saman. “

“ Saman yang paling banyak dikeluarkan adalah bagi kesalahan memandu melebihi had laju iaitu 49,611, kesalahan memotong barisan (1,997) dan tidak mematuhi lampu isyarat (1,628)" jelas Datuk Mahamad Akhir Darus.

Bagi mereka yang tinggal di sekitar Padang Serai,Tasek Gelugor,Kulim dan Kuala Ketil  yang ingin  mengambil  lesen kereta,motosikal dan  OKU boleh datang terus  ke Pejabat Institut Memandu   Sinar  di belakang stesyen minyak Shell,Jalan Kulim- Padang Serai. Program myLESEN untuk lesen  motosikal dengan bayaran RM299.00 masih berjalan.

Institut Memandu Sinar merupakan PUSAT SEHENTI dimana semua urusan pembelajaran dan ujian akan dijalankan di sini. Institut Memandu Sinar mempunyai  pasarana yang baru serta mempunyai tenaga pengajar yang profesional dan peramah dan pastinya akan memberikan  keselesaan  kepada peserta kursus.


Keterangan lanjut sila hubungi talian 04-485 1125 atau  04-572 1125


Sekiranya anda lapang boleh juga layari FB Page kami.


Comments