MEMBERI LALUAN KEPADA PENGGUNA JALAN RAYA LAIN


Pengguna jalan raya tidak harus tamak dan mementingkan diri sendiri semasa berada di atas jalan raya. Jalan raya adalah milik orang ramai bukan milik kita  jesteru itu kita perlu bersikap tolak ansur bagi mengelakan kemalangan berlaku.

Apabila kemalangan berlaku  bukan saja orang yang kita langgar menghadapi masalah malah kita sendiri menghadapi masalah. Masalah terbantutnya perjalanan, masalah kerosakan malah paling malang kecederaan dan kehilangan nyawa dan bermacam-macam lagi  masalah yang timbul akibat kemalangan berpunca daripada sikap kita sendiri.

Jadi berilah  laluan kepada pengguna jalan raya yang lain seperti OKU, kenderaan perkhidmatan kecemasan seperti bomba, polis, ambulan adalah sangat perlu. Sekiranya terdapat kenderaan tersebut, sebagai pemandu yang berhemat hendaklah bersedia untuk bekerjasama atau berhenti jika perlu.

1.         Beri keutamaan atau berhentikan kenderaan sekiranya terdapat OKU melintas jalan.

2.         Beri laluan sekiranya ternampak atau terdengar siren kenderaan perkhidmatan kecemasan.

a.         Perlahankan kenderaan dan keluar ke bahu jalan.
b.         Jangan menghalang laluan kenderaan tersebut.

c.         Berhenti di bahagian bahu jalan jika perlu.


Bagi mereka yang tinggal di sekitar Padang Serai,Tasek Gelugor,Kulim dan Kuala Ketil  yang ingin  mengambil lesen kereta,motosikal dan    OKU boleh datang terus ke Pejabat Institut Memandu Sinar  di       belakang  stesyen  minyak Shell,Jalan  Kulim- Padang Serai .       Program myLESEN untuk lesen motosikal dengan  bayaran         RM299.00 masih berjalan.

Institut Memandu Sinar merupakan PUSAT SEHENTI dimana semua urusan pembelajaran dan ujian akan dijalankan di sini. Institut   Memandu Sinar  mempunyai  pasarana yang baru serta
    mempunyai tenaga pengajar  yang profesional 
                           dan peramah dan pastinya akan memberikan                                     keselesaan  kepada peserta kursus.

Keterangan lanjut sila hubungi talian 04-485 1125 atau  04-572 1125

Sekiranya anda lapang boleh juga layari FB Page kami.


Comments