MEMANDU MENGIKUT KELAJUAN YANG BETUL





Apabila kita memandu di kawasan bandar kita perlu berhati-hati kerana kita akan berhadapan dengan pelbagai ‘hazard’ yang boleh menganggu kelancaran pemantuan kita.  Jesteru itu kita perlu membuat pemanduan mengikut kelajuan yang sesuai.

a.    JALAN
i.              Jalan selorong (dua hala)
ii.            Jalan dua lorong
iii.           Jalan tiga lorong atau lebih
iv.           Laluan motorsilal
v.            Laluan teksi atau bas.

b.    LALU LINTAS
i.              Penjalan kaki
ii.            Penunggang motorsikal/basikal
iii.           Kawasan meletak kenderaan
iv.           Lintasan penjalan kaki
v.            Lintasan kanak-kanak sekolah
vi.           Kenderaan perkhidmatan awam menurun dan menaikkan penumpang
vii.          Penumpang turun dan naik kenderaan

c.    PEMUKAAN JALAN
i.              Rosak/berlubang/berair
ii.            Berminyak
iii.           Jalan sempit
iv.           Tidak rata dan lain-lain

Bagi menghadapi halangan yang tidak terduga ini pemandu mestilah  berwaspada, berhati-hati dan bersedia membuat keputusan untuk bertindak awal bagi menghadapi halangan yang diluar jangkaan itu. Keadaan lalu lintas akan berubah dari masa ke semasa maka kita sebagai pemandu perlu bersedia menghadapi perubahan itu. Bagi menghadapi perubahan itu kita perlu memnadu mengikut kelajuan yang sewajarnya.

PEMANDU HENDAKLAH SENTIASA :

a.    Mengamalkan rutin selamat supaya mendapat maklumat yang betul untuk mengelakkan ‘hazard’ sebelum memulakan perjalanan dengan melakukan rutin CITO.

b.    Mempastikan kenderaan mengikut kelajuan yang sesuai  berdasarkan had laju yang sesuai yang telah ditetapkan  mengikut papan tanda yang dipaparkan di sekitar jalan.


c.    Pastikan jarak mengekori yang selamat antara kenderaan di hadapan, kerana ia menentukan jarak efektif untuk berhenti. Jarak efektif untuk berhenti bergantung kepada kelajuan kenderaan yang dipandu, bentuk fizikal jalan raya serta pemukaan jalan yang bergantung pada keadaan cuaca. Pada asasnya pemandu mestilah mengekalkan jarak yang mencukupi mempunyai masa untuk berfikir dan bertindak dengan selamat. Gunakan peraturan 2  atau 4 saat.

Bagi mereka yang tinggal di sekitar Padang Serai,Tasek Gelugor,Kulim dan Kuala Ketil  yang ingin  mengambil  lesen kereta,motosikal dan  OKU boleh datang terus  ke Pejabat Institut Memandu   Sinar  di belakang stesyen minyak Shell,Jalan Kulim- Padang Serai . Program myLESEN untuk lesen  motosikal dengan bayaran RM299.00 masih berjalan.

Institut Memandu Sinar merupakan PUSAT SEHENTI dimana semua urusan pembelajaran dan ujian akan dijalankan di sini. Institut   Memandu Sinar mempunyai  pasarana yang baru serta mempunyai tenaga pengajar yang profesional dan peramah dan pastinya akan memberikan  keselesaan    kepada peserta kursus.

Keterangan lanjut sila hubungi talian 04-485 1125 atau  04-572 1125

Sekiranya anda lapang boleh juga layari FB Page kami.



Comments