MEMANDU DI BULATAN


Dalam kita memandu kita akan berjumpa dengan kawasan bulatan (round about) jadi apabila kita terjumpa kawasan bulatan kita perlu berhati. Ini terdapat beberapa panduan bagi menghadapi bulatan iaitu sebelum, semasa dan selepas bulatan.

1.    SEBELUM BULATAN

a.    Mengamalkan rutin selamat CITO ketika menghampiri bulatan.
b.    Mempastikan kenderaan berada di lorong yang betul.
i.              Bulatan dua lorong-lorong kiri untuk ke kiri dan kanan untuk terus ke kanan dan pusing balik.
ii.            Bulatan tiga lorong-lorong, lorong kiri adalah untuk ke kiri, lorong tengah untuk terus dan lorong kanan untuk ke kanan atau pusing balik.

c.    Kurangkan kelajuan serta tukar gear yang sesuai. Jika perlu beri laluan kepada kenderaan yang datang dari arah kanan jika ada.


2.    SEMASA DI BULATAN

Teruskan perjalanan dengan berhati-hati di lorong yang bertul.
a.    Bergerak Ke Kiri
i.              Beri isyarat ke kiri apabila menghampiri bulatan.

ii.            Masuk ke lorong kiri.

iii.           Kekal berada di lorong kiri semasa di bulatan.

iv.           Kekal isyarat kiri semasa berada di bulatan.

b.    Bergerak Terus
i.              Pastikan berada di lorong kiri (lorong pemanduan) kecuali terhalang.
ii.            Kekalkan lorong semasa berada di bulatan.
iii.           Periksa cermin terutama cermin sisi.
iv.           Beri isyarat ke kiri selepas simpang pertama sebelum keluar daripada bulatan.

c.    Bergerak Ke Kanan
i.              Berikan isyarat ke kanan
ii.            Masuk ke lorong kanan.
iii.           Kekalkan isyarat semasa melalui bulatan.
iv.           Kekal dilorong yang sama semasa di dalam bulatan.
v.            Periksa cermin terutama cermin sisi.
vi.           Beri isyarat ke kiri selepas simpang yang terakhir sebelum keluar dari bulatan.

3.    SELEPAS BULATAN

a.    Teruskan perjalanan selepas keluar daripada bulatan.




Bagi mereka yang tinggal di sekitar Padang Serai,Tasek                 Gelugor, Kulim dan Kuala Ketil  yang ingin  mengambil lesen kereta,motosikal dan OKU boleh datang terus  ke Pejabat Institut Memandu Sinar di belakang stesyen minyak Shell,Jalan Kulim- Padang Serai . Program myLESEN untuk lesen motosikal dengan bayaran RM299.00 masih berjalan.          
                        
                                        
Institut Memandu Sinar merupakan PUSAT SEHENTI dimana semua urusan pembelajaran dan ujian akan dijalankan di sini. Institut  Memandu Sinar mempunyai  pasarana yang baru serta mempunyai tenaga pengajar  yang profesional dan peramah dan pastinya akan memberikan  keselesaan  kepada peserta kursus.              
         
                         
Keterangan lanjut sila hubungi talian 04-485 1125 atau  04-572 1125


Sekiranya anda lapang boleh juga layari FB Page kami.


Comments