TIP BAGI MENGATASI KEROSAKAN KECIL KENDERAAN

1.    

          Sebagai pemandiu kenderaan kita perlu tahu sedikit bagaimana mengatasi kerosakan. Ini bagi memudahkan kita apabila berlaku kecemasan semasa dalam perjalanan sebelum kita dapat membawa kenderaan kita k bengkel memperbaiki kenderaan.

E   ENJIN KENDERAAN TIDAK BOLEH DIHIDUPKAN

a.       Periksa dan pastikan tompol gear dalam kedudukan ‘P’. Jika enjin tidak dapat dihidupkan, tolak tompol gear dari satu posisi ke posisi.  Ini ialah satu cara membebaskan suis keselamatan.
b.       Jika engine masih lagi tidak dapat dihidupkan dapatkan bantuan mekanik.


2.      KEROSAKAN KENDERAAN

Kerosakan kenderaan mungkin di sebabkan oleh :-

a.       Kehabisan minyak. Periksa tolok minyak. Jika bacaannya ‘E’, tambahkan minyak.
b.       Enjin berlebihan panas. Berhenti segera ditempat yang selamat dan matikan enjin. BUka bonet supaya enjin cepat sejuk.  Periksa system penyejuk untuk mengesan hos atau saluran yang bocor. Jangan buka penutup radiator semasa ia masih panas, biarkan sejuk dahulu. Apabila radiator telah sejuk, buka penutup periksa air, sekiranya berkurangan hendaklah ditambah.
c.       Kerosakan Sistem, Eletrik. Biasanya berpunca dari fuis yang terbakar, pendawaian putus atau terminal bateri kotor. Jika semua system gagal dihidupkan, puncanya ialah bateri. Cunba gunakan kabel jumper daripada kenderaan untuk menghidupkannya.


3.      MENUKAR TAYAR KENDERAAN

Sekiranya tayar pancit  dalam perjalanan, kawal stereng dengan kemas dan brek perlahan-lahan. Pandu keluar dari jalan raya dan letakkan kenderaan di tempat yang rata.

a.       Langkah-Langkah Keselamatan
i.                     Pastikan kenderaan berada pada jarak yang selamat daripada jalan raya. Cari kawasan rata atau mendatar supaya kenderaan berada berada dalam keadaan stabil semasa menukar tayar.
ii.                   Pastikan enjin dimatikan, brek tangan terpasang dan gear dalam kedudukan ‘P’.
iii.                  Sendalkan tayar dengan objek keras seperti batu-bata, kayu dan lain-lain.
iv.                  Letakan ‘AMARAN SEGI TIGA’  lebih kurang 15 meter di belakang kenderaan.

b.       Cara Menukar Tayar
i.                   Tanggalkan penutup roda dan longgarkan nat dengan menggukan sepanar tayar dengan memusing mengikut arah lawan pusingan jam.
ii.                   Letakkan jek pada kedudukan yang betul dan tepat di bahagian sisi berdekatan dengan bahagian tayar yang hendak di tukar.
iii.                  Naikkan badan kenderaan menggunakan jek  sehingga roda tergantung ( bergantung pada jenis jek yang digunakan)
iv.                  Pastikan  kenderaan stabil dengan mengoyangkan sidikit badan kenderaan sebelum memulakan kerja.
v.            Tayar yang dibuka hendaklah diletakkan dibawah kenderaan sebagai langkah keselamatan sekiranya jek  terbalik atau rosak.
vi.                  Pasang tayar ganti dan ketatkan semua nat menggunakan tangan dengan memusing mengikut arah pusingan jam.
vii.                Turunkan badan kenderaan   menggunakan jek dan ketatkan  nat sekali lagi dengan spanar tayar.


4.     PERALATAN KECEMASAN

a.       Peralatan kecemasan yang perlu ada pada setiap kenderaan adalah seperti berikut :
i.                     Tanda amaran tiga segi
ii.                   Kotak ubat dan buku panduan
iii.                  Lampu suluh
iv.                  Alat pemadam api jenis kering
v.                   Jek dan pemutar
vi.                  Pembuka nat roda
vii.                Peralatan pembiakan
viii.               Sepana boleh laras
ix.                  Kabel jumper
x.                   Tali untuk tunda
xi.                  Alat pemutar skru
xii.                Sepana palam pencucuh
xiii.               Pelbagai jenis sepana
xiv.               Playar
xv.                Satu bekas mengandungi air bersih


b.       Pemandu mestilah  memastikan semua peralatan kecemasan ini berada dalam ke adaan baik untuk memudahkan pemandu jika berlaku sebarang kecemasan.





Bagi mereka yang tinggal di sekitar Padang Serai,Tasek Gelugor,Kulim dan Kuala Ketil  yang ingin  mengambil  lesen kereta,motosikal dan OKU boleh datang terus  ke Pejabat Institut Memandu   Sinar  di belakang stesyen minyak Shell,Jalan Kulim- Padang Serai .Program myLESEN untuk    lesen  motosikal dengan bayaran RM299.00 masih berjalan. Promosi cuti sekolah belajar       kereta hanya RM 990.00 akan berakhir pada 31 Disember ini, daftar sekarang.

Institut Memandu Sinar merupakan PUSAT SEHENTI dimana semua urusan pembelajaran dan ujian akan dijalankan di sini. Institut Memandu Sinar mempunyai  pasarana yang baru serta mempunyai tenaga pengajar yang profesional dan  peramah dan pastinya akan memberikan  keselesaan     kepada peserta kursus.


Keterangan lanjut sila hubungi talian 04-485 1125 atau  04-572 1125


Sekiranya anda lapang boleh juga layari FB Page kami.

Comments