PEMERIKSAAN DI RUANG ENJIN

1
1. Bekas Simpanan Air Pencuci Cermin
2.       Bekas Minyak Stereng
3.       Kotak Fius
4.       Tabung Minyak Brek
5.       Batang Penyukat (Dipstick) Minyak Enjin
6.       Penutup Jempelang (Rocker Cover)
7.       Penutup Minyak Enjin (Filler Cap)
8.       Penapis Udara
9.       Bateri
10.   Hos Tangki Air
11.   Penutup Tangki Air

Pemeriksaan Ruang Enjin
a.   Buka bonet dengan menarik tompol di bahagian bawah sebelah kanan papan pemuka. Bonet akan terangkat sedikit. Tolak pengunci keselamatan dan angkat bonet ke atas sepenuhnya. Letakkan topang sebagai penahan bonet.

c.       Periksa aras dan kualiti bendalir seperti berikut untuk memastikan ia cukup mengikut sukatan :-
i.                     Minyak Enjin – Tarik batang penyukat (dipstick). Pastikan paras minyak berada di antara maksimum dan minimum.
ii.                   Minyak brek - Pastikan paras minyak berada di antara maksimum dan minimum.
iii.                  Minyak Stereng kuasa – (JIka asa) Buka penutup dan pastikan paras minyak berada di antara maksimum dan minimum.
iv.                 Minyak Gear – Tarik batang penyukat (dipstick), pastikan paras minyak berada di antara maksimum dan minimum.

d.      Periksa Paras Air
i.                     Air Radiator – Buka penutup dediator dan pastikan air dalam radiator mencukupi dan tutup semula dengan rapat.
ii.                   Air Tangki simpanan – Pastikan air sentiasa mencukupi.
iii.                  Air Bateri - Pastikan air sentiasa mencukupi (Bateri Basah).
iv.                 Air Pengilap Cermin - Pastikan air sentiasa mencukupi.

e.      Periksa Tali Sawat
Periksa ke semua tali sawat dan pastikan keadaannya tidak pecah dan berbulu. Tekan tali sawat menggunakan ibu jari untukmemeriksa tahap kekendurannya. Tahap ketegangan mestilah di antara 0.5 cm – 1.0 cm.

f.        Periksa Bilah Kipas
Pastikan tidak roisak dan terhalang semasa berpusing.

g.       Periksa Kesemua Sambungan
i.                     Wayar – Pastikan wayar bersambung dengan kemas pada komponen – komponen elektrik
ii.                   Hos – Pastikan hos dalam keadaan baik iaitu tidak bocor, merekah dan kembang.
iii.                  Terminal Bateri – Pastikan terminal bateri bersih dan diikat dengan ketat. Sapukan gris yang disyorkan pada terminal supaya tidak berkarat dan berkulat. Jika ia kotor bersih dengan air panas.




Bagi mereka yang tinggal di sekitar PADANG SERAI, KULIM,TASEK
GELUGOR DAN KUALA KETIL yang ingin mengambil lesen kereta,
motosikal dan lesen OKU boleh datang terus ke Pejabat Institut
Memandu Sinar di belakang  Stesyen minyak Shell, Jalan Kulim
 - Padang Serai. Program myLESEN untuk motosikal dengan
bayaran  RM299.00 masih berjalan.  PROMOSI CUTI
PERSEKOLAHAN SEDANG BERLANGSUNG
HANYA RM990.00 UNTUK LESEN KERETA


Institut Memandu Sinar merupakan PUSAT SEHENTI dimana semua
urusan pembelajaran dan ujian di jalankan di sini. Institut Memandu
Sinar mempunyai prasarana yang baru serta mempunyai tenaga
pengajar yang profesional dan peramah pastinya akan
memberikan keselesaan kepada anda.


Keterangan lanjut  sila hubungi talian 04-485 1125 atau  04-572 1125


Sekiranya anda lapang boleh juga layari FB Page kami.



Comments