PEMANDUAN DALAM PELBAGAI KEADAAN

Sekiranya tayar kereta pecah semasa memandu jangan panik.
SEBAGAI pemandu di atas jalan raya kita perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Bagi menghadapi pelbagai keadaan ini kita memerlukan kemahiran, pengalaman dan berkebolehan penyesuaian yang baik kerana hazard yang bakal di hadapi oleh pemandu adalah berbeza-beza dan sangat berbahaya bergantung kepada tempat, cuaca dan keadaan lalu lintas waktu itu.

Latihan dan persediaan adalah amat penting terutama apabila memandu dalam keadaan  ekstrtrem seperti kabus, hujan dan lain-lain.  Semasa menghadapi keadaan kecemasan pemandu dinasihatkan agar bertenang. Fikirkan cara terbaik bagi mengatasi masalah itu.

Berikut adalah beberapa  masalah sewaktu pemanduan dan cara-cara menyelesaikannya :-

1.      BREK GAGAL BERFUNGSI

Sekiranya pemandu menekan pedal brek, dan pedal brek terus menyentuh lantai, pemandu perlu mengepam pedal brek beberapa kali. Tindakan ini berkemungkinan dapat memulihkan tekanan brek.  Sekiranya tekanan gagal dipulihkan dan jalan raya selamat, tarik brek tangan beransur-ansur untuk memperlahankan kenderaan. Tukar kepada gear yang lebih rendah dengan menggunakan kuasa pemampatan enjin untuk memperlahankan kenderaan.

Sekiranya brek gagal berfungsi ketika berada di atas bukit, bukit curam atau kenderaan itu merbahayakan kenderaan lain, tarik brek tangan beransur-ansur untuk memperlahankan kenderaan. Tukar kepada gear yang lebih rendah dan cari tempat yang bersesuaian dan selamat untuk berhenti kenderaan.


2.      KENDERAAN TERBABAS

Sekiranya kenderaan di belakang terbabas, lepaskan pemecut dengan segera. Pusing stereng mengikut arah bahagian belakang yang terbabas itu. Kemudian luruskan arah stereng.


3.      PEMECUT TERLEKAT

Cuba perlahankan kenderaan dengan menggunakan brek kaki. Kemudian cari tempat yang sesuai untuk berhenti. Seterusnya pasang brek tangan untuk memberhentikan kenderaan dan bebaskan gear. Matikan enjin.


4.      TAYAR PECAH

Jika tayar pecah semasa pemanduan, pegang stereng dengan erat untuk menstabilkan kenderaan. Kawal kenderaan dengan berhat-hati dan brek perlahan-lahan. Cari kawasan yang rata dengan selamat untuk menukar tayar.


5.      LAMPU HADAPAN KENDERAAN TERPADAM

Sekiranya lampu kenderaan terpadam semasa pemanduan, perlahankan kenderaan dan kawal kenderaan. Cari panduan dengan menggunakan cahaya kenderaan yang lain atau mengikut garisan putih di atas jalan. Nyalakan  lampu isyarat kecemasan. Berhenti di kawasan yang selamat.


6.      KENDERAAN TERBAKAR

Biasanya kebakaran kenderaan berlaku disebabkan litar pintas dalam system letrik.  Hentikan kenderaan dengan segera. Matikan enjin dan keluarkan penumpang dalam kenderaan itu.

Dengan menggunakan alat pemadam api, cuba padamkan kebakaran tersebut atau dapatkan bantuan daripada pengguna jalan raya yang lain. Sekiranya api tidak dapat di kawal tinggalkan kenderaan sebelum tangki minyak meletup. Hubungi pihak bomba.


7.      BONET TERBUKA

Jika bonet terbuka semasa pemanduan, brek beransur-ansur. Turun ke bahu jalan. Lihat melalui tingkap untuk panduan memandu ke tempat selamat.


8.      TERPAKSA BERHENTI DI LEBUH RAYA (KENDERAAN ROSAK)

Beri isyarat ke kiri dan berhenti di lorong kecemasan. Nyalakan lampu kecemasan. Sekiranya berlaku pada waktu malam nyalakan juga lampu dalam kenderaan. Pastikan tanda amaran diletakkan dalam jarak 50 meter di belakang kenderaan.

Letakan penumpang jauh daripada aliran lalu lintas. Jangan haling lampu belakang kenderaan dengan berdiri atau lakukan kerja di belakang kenderaan. Buka bonet dan dapatkan bantuan.


9.      CERMIN HADAPAN PECAH

Sekiranya  cermin hadapan pecah semasa pemanduan perlahankan kenderaan. Lihat memalui tingkap dan berhenti di tempat yang selamat. Rentangkan kain  atas papan pemuka dan letakkan serpihan kaca atas kain tersebut. Pecahkan seluruh cermin  hadapan. Pandu dengan berhati-hati ke bengkel yang berhampiran untuk mengantikan cermin tersebut dengan segera.


Pastikan pemandu membuat rutin  pemeriksaan kenderaan serta rutin sebelum memandu bagi mengelakkan kenderaan mengalami kerosakkan semasa dalam pemanduan.



Bagi mereka yang tinggal di sekitar Padang Serai,Tasek Gelugor,Kulim dan Kuala Ketil  yang ingin mengambil  lesen kereta,motosikal dan OKU boleh datang terus ke Pejabat Institut Memandu  Sinar  di belakang stesyen minyak Shell,Jalan Kulim- Padang Serai .Program myLESEN  untuk  lesen  motosikal dengan bayaran RM299.00 masih berjalan. Begitu         juga PROMOSI CUTI SEKOLAH untuk kursus memandu kereta sedang berjalan                dan  akan tamat pada  31 Disember ini. Cepat! Daftar Sekarang!


Institut Memandu Sinar merupakan PUSAT SEHENTI dimana semua urusan pembelajaran dan ujian akan dijalankan di sini. Institut Memandu Sinar mempunyai  pasarana yang baru serta mempunyai tenaga pengajar  yang profesional dan  peramah dan pastinya akan memberikan  keselesaan kepada peserta kursus.


Keterangan lanjut sila hubungi talian 04-485 1125 atau  04-572 1125

Sekiranya anda lapang boleh juga layari FB Page kami.

Comments