KEDUDUKAN MOTOSIKAL YANG MENYEBABKAN KEMALANGAN

Patuhi Peraturan Jalan raya Bagi Mengelakkan Kemalangan
Kemalangan jalan raya boleh berlaku, antaranya adalah disebabkan perlanggaran antara dua buah kenderaan. Faktor utama kecuaian pemamdu dan penunggang motosikal. Penunggang perlu mengenalpasti kedudukan-kedudukan yang boleh menyebabkan perlanggaran antara dua buah kenderaan.

Enam kedudukan yang telah dikenalpasti boleh menyebabkan perlanggaran :-

1.      PERLANGGARAN DENGAN KENDERAAN DI HADAPAN

Penunggang gagal/tidak menggunakan peraturan jarak mengekori dengan betul. Selalunya penunggang mengekori terlalu rapat dan gagal melihat ke hadapan seperti meihat isyarat kenderaan di hadapan dan sebagainya.



2.      PERLANGGARAN DENGAN KENDERAAN DI BELAKANG

Penunggang tidak melihat cermin sisi di sebelah kanan atau kiri. Penunggang juga tidak mengamalkan peraturan jarak jika kenderaan di belakang mengekori terlalu hampir. Malah penunggang juga seringkali lupa tanggungjawab memberi isyarat lampu dalam masa yang mencukupi. Isyarat lampu  sepatutnya di beri dalam masa sekurang-kurangnya 3 saat sebelum mengubah haluan.


3.      PERLANGGARAN KETIKA MEMOTONG

i.                    Penunggang tidak bijak membuat keputusan, seperti perlukah memotong?
ii.                  Penunggang gagal mengamalkan peraturan memotong. Penunggang juga gagal melihat ke hadapan sekurang-kurangnya 100 meter ke  hadapan atau 12 saat ke hadapan.
iii.                Penunggang gagal memeriksa kawasan ‘blink spot’ iaitu dengan menoleh ke kanan.


4.      PERLANGGARAN KETIKA DIPOTONG

i.                    Penunggang  tidak menunggang ikut kiri jalan. Penunggang gagal mematuhi  peraturan/disiplin menggunakan lorong.
ii.                  Penunggang tidak melihat cermin  sisi kiri atau kanan. Dalam situasi ini kadangkala ia juga cuba memotong.
iii.                Penunggang tidak bekerjasama.  Ada penunggang atau pemandu yang melajukan kenderaannya apabila ada kenderaan lain cuba memotongnya.


5.      PERLANGGARAN DI SEBELAH TEPI/DI PERSIMPANGAN JALAN

i.                    Penunggang tidak merancang perjalanan dan kurang pasti arah haluannya.
ii.   Penunggang gagal memberi isyarat. Bila gagal berkomunikasi dengan pengguna jalan raya yang lain keadaan menjadi kurang selamat.
iii.                Tidak menggunakan peraturan di persimpangan jalan.


6.      PERLANGGARAN DENGAN KENDERAAN  DARI ARAH HADAPAN

i.          Penunggang gagal melihat di hadapan sekurang-kurangnya  dalam jarak 12 saat ke hadapan atau 100 meter ke hadapan.
ii.         Penunggang tidak faham peraturan mengelak dari arah hadapan.
iii.        Penunggang atau pemandu tidak bertibang rasa/sombong. Terdapat dikalangan pemandu atau penunggang tidak mahu mengalah iaitu bergerak ke kiri semula atau masuk ke lorong sebelah kiri.


Sekiranya  penunggang atau pemandu kenderaan berhemat dan mengikut segala peraturan jalan raya seperti yang di gariskan dan mempastikan keselamat diri dan pengguna jalan raya yang lain pasti dapat membantu mengelakan berlakunya perlanggaran.





Bagi mereka yang tinggal di sekitar Padang Serai,Tasek Gelugor,Kulim dan Kuala Ketil  yang ingin mengambil  lesen kereta,motosikal dan OKU boleh datang terus  ke Pejabat Institut Memandu  Sinar  di belakang stesyen minyak Shell,Jalan Kulim- Padang Serai .Program myLESEN  untuk  lesen  motosikal dengan bayaran RM299.00 masih berjalan.

Institut Memandu Sinar merupakan PUSAT SEHENTI dimana semua urusan pembelajaran dan ujian akan dijalankan di sini. Institut Memandu Sinar mempunyai  pasarana yang baru serta mempunyai tenaga pengajar yang profesional dan  peramah dan pastinya akan memberikan  keselesaan kepada peserta kursus.


Keterangan lanjut sila hubungi talian 04-485 1125 atau  04-572 1125


Sekiranya anda lapang boleh juga layari FB Page kami.

Comments