TEKNIK MEMBELOK DI PERSIMPANGAN



PEMANDU perlu faham teknik-teknik membelok di persimpangan agar membelok dengan selamat dan lancar.

a.    Pemanndu perlu mengamalkan  rutin selamat CITO  ketika menghampiri simpang.

b.    Melihat ke hadapan dan ke belakang bagi mempastikan pengguna yang lain :
i.              Tengok cermin bagi mempastikan kedudukan pemandu di belakang.
ii.            Berikan isyarat secukupnya.
iii.           Oleh gerak yang betul.
iv.           Pastikan posisi yang betul. Memposisikan kenderaan lebih awal akan membantu pemandu lain mengetahui apa tindakan yang akan dibuat.
v.            Tentukan kelajuan yang sesuai.

c.    Lihat keadaan lalu lintas  apabila sampai di tempat membelok. Buat keputusan sama  ada untuk meneruskan perjalanan atau menunggu.

d.    Patuhi arahan lampu isyarat jika ada.


e.    Membelok ke lorong yang terdekat dengan berhati-hati.
i.              Jika membelok ke kiri pastikan jarak anggaran kereta  1 meter (3 kaki)  daripada kereta atau bahu jalan.
ii.            Jika Membelok ke kanan pastikan pada lorong yang betul atau tidak memasuki lorong pemandu lain.
iii.           Semasa berada di jalan sehala pastikan kedudukan yang paling hampir di tengah agar cepat untuk membelok.
iv.           Pastikan kedudukan sebelum, semasa dan selepas  pada kedudukan yang sama.

f.     Sekiranya kawasan terlindung:
i.              Berhenti kenderaan dengan bamper hadapan melebihi sedikit garis dan berhenti agar pemandu daripada kanan dapat melihat kenderaan dan menjangka tindakan.
ii.            Keluar daripada simpang dengan berhati-hati untuk memeriksa keadaan lalu lintas di sebalik kawasan terlindung.
iii.           Jika keadaan selamat membelok dan teruskan perjalanan.

g.    Meneruskan perjalanan bagi menjauhi persimpangan tersebut.


Bagi mereka yang tinggal di sekitar PADANG SERAI ,TASEK GELUGOR, KULIM dan KUALA  KETIL  yang ingin mengambil  lesen kereta,motosikal dan OKU boleh datang terus  ke Pejabat Institut Memandu  Sinar  di belakang stesyen minyak Shell,Jalan Kulim- Padang Serai .Program myLESEN   untuk  lesen  motosikal dengan bayaran RM299.00 masih berjalan.

Institut Memandu Sinar merupakan PUSAT SEHENTI dimana semua urusan pembelajaran dan ujian akan dijalankan di sini. Institut Memandu Sinar mempunyai  pasarana yang baru serta mempunyai tenaga pengajar yang profesional dan  peramah dan pastinya akan memberikan  keselesaan kepada peserta kursus.
-

Keterangan lanjut sila hubungi talian 04-485 1125 atau  04-572 1125


Sekiranya anda lapang boleh juga layari FB Page kami.


Comments