TEKNIK MEMARKIR (PARKING) SISI


Dalam kita memandu kadang kala-kala dalam suasana Bandar yang sibuk kita mempunyai ruang yang terbatas untuk memarkir (parking) dan ketika itu kita perlu mahir untuk memarkir (parking) sisi. Dalam Kurikulum Pendidikan Pemandu Kelas ‘D’ Manual juga diberikan panduan mengenainya. Malah dalam latihah amali dan ujian yang dijalankan oleh pihak JPJ juga kita perlu melalui ujian memarkir (parking ) sisi ini.

Di bawah ini diberikan beberapa teknik untuk memarkir (parking) sisi :-

i.                     Mengamalkan rutin CITO. Mengerakkan kenderaan ke hadapan dengan menggunakan        gear yang betul berhenti sepenuhnya dijarak yang sesuai.

ii.          Menekan cekam dan memasukkan gear undur ( R ). Dan bergerak ke belakang dengan perlahan-lahan sambil mengimbangkan cekam dan minyak sehingga badan kenderaan selari dengan petak meletak meletak kenderaan, berhenti seketika.

iii.             Bergerak ke belakang kiri perlahan-lahan sehingga dapat melihat 75% garis petak belakang melalui cermin sisi kanan kenderaan, berhenti seketika.

iv.                 Bergerak lurus sehingga roda belakang menghampiri garisan, berhenti seketika. Bergerak ke belakang kanan sehingga seluruh badan kenderaan berada atau selari di dalam petak, berhenti seketika.

v.                   Pilih gear yang betul. Bergerak ke hadapan dan selarikan badan kenderaan dengan petak dengan dengan perlahan, berhenti seketika. Mengangkat tangan setelah berpuas hati (dalam ujian sahaja).

vi.                 Masukkan gear undur ( R ) dan bergerak ke belakang kiri dengan perlahan-lahan sehingga menghampiri garisan belakang, berhenti seketika.

vii.                Bergerak ke hadapan kanan keluar daripada petak dengan perlahan-lahan.

viii.              Pastikan badan kenderaan tidak melepasi garisan kuning di hadapan petak dan luruskan kenderaan di hadapan. Pergerakan ini harus selesai dalam masa 5 minit. (dalam ujian sahaja)


Bagi mereka yang tinggal di sekitar Padang Serai,Tasek Gelugor,Kulim dan Kuala Ketil  yang ingin mengambil  lesen kereta,motosikal dan OKU boleh datang terus  ke Pejabat Institut Memandu   Sinar di belakang stesyenminyak Shell,Jalan Kulim- Padang Serai .Program myLESEN untuk  lesen motosikal dengan bayaran RM299.00 masih berjalan.

Institut Memandu Sinar merupakan PUSAT SEHENTI dimana semua urusan pembelajaran dan ujian akan dijalankan di sini. Institut Memandu Sinar mempunyai  pasarana yang baru serta mempunyai tenaga pengajar yang profesional dan             peramah dan pastinya akan memberikan keselesaan kepada peserta kursus.


Keterangan lanjut sila hubungi talian 04-485 1125 atau  04-572 1125


Sekiranya anda lapang boleh juga layari FB Page kami.

Comments