LATIHAN MEMANDU DI JALAN YANG LURUS


Tujuan mengadakan latihan ini bagi mempastikan pemandu tahu memilih kedudukan yang betul dan selamat serta dapat memahirkan diri mengikut kelajuan yang betul keperluan menukar gear daripada D ke gear 3,2 dan 1. Amalkanperaturan 12 saat untuk pandang ke hadapan.
i.              Pastikan stereng dikawal pada posisi yang betul iaitu di zon selamat.
ii.    Gunakan gear yang sesuai mengikut keperluan kuasa enjin. Gunakan rutin pertukaran gear.
iii.           Pastikan kenderaan bergerak lurus sebelum menukar gear.
iv.           Pastikan semasa pertukaran gear tangan kanan dapat mengawal stereng dengan sempurna.
v.            Gunakan tangan kiri untuk menukar gear.
vi.           Gunakan kaki kanan untuk menekan pedal brek sepenuhnya dan jangan lepaskan.
vii.          Picit butang pengunci pada tompol gear.
viii.        Lepaskan brek tangan.
ix.           Pastikan kedua-dua tangan pada stereng.
x.            Lepaskan pedal brek perlahan-lahan.
xi.           Tekan pedal pemecut bagi mendapatkan kelajuan yang dikehendaki.
xii.          Gunakan rutin CITO sepanjang pemanduan.

Latihan Pertukaran Ke Gear 3
xiii.        Pastikan kelajuan tidak melebihi 40 km/j
xiv.        Pastikan tekanan pada pemecut konsisten. Gerakan tompol gear ke posisi 3 tanpa mengurangkan tekanan pada pemecut.
xv.          Anda akan merasakan brek enjin berfungsi dan kuasa kenderaan bertambah.
Latihan Pertukaran Ke Gear 2
xvi.        Kurangkan kelajuan  tidak melebihi 20 km/j
xvii.       Picit  butang pengunci pada tompol gear.
xviii.      Pastikan tekanan pada pemecut konsisten. Gerakan tompol gear ke posisi 3 tanpa mengurangkan tekanan pada pemecut
xix.        Anda akan merasakan brek enjin berfungsi dan kuasa kenderaan bertambah.

Latihan Pertukaran Ke Gear 1
xx.          Kurangkan kelajuan  tidak melebihi 10 km/j
xxi.        Picit  butang pengunci pada tompol gear.
xxii.       Pastikan tekanan pada pemecut konsisten. Gerakan tompol gear ke posisi 1 tanpa mengurangkan tekanan pada pemecut

xxiii.      Gunakan rutin CITO sepanjang pemanduan.


Bagi mereka yang tinggal di sekitar PADANG SERAI, KULIM,
TASEK GELUGOR DAN KUALA KETIL yang ingin mengambil
lesen kereta, motosikal dan lesen OKU boleh datang terus
ke Pejabat Institut Memandu Sinar di belakang stesyen
minyak Shell, Jalan Kulim - Padang Serai. Program
myLESEN untuk motosikal dengan bayaran 
RM299.00 masih berjalan.


Institut Memandu Sinar merupakan PUSAT SEHENTI dimana
semua urusan pembelajaran dan ujian di jalankan di sini.
Institut Memandu Sinar mempunyai prasarana yang 
baru serta mempunyai tenaga pengajar yang
profesional dan peramah pastinya akan 
memberikan keselesaan kepada anda.


Keterangan lanjut  sila hubungi talian 04-485 1125 atau  04-572 1125


Sekiranya anda lapang boleh juga layari FB Page kami.



Comments