PUNCA UTAMA GAGAL UJIAN MOTOSIKAL BHG 2


Apabila kita menduduki apa jua peperiksaan dan ujian semua orang inginkan kejayaan. Pastinya tidak ada orang yang mahu gagal dan mengulangi peperiksaan dan ujian itu. Begitu jugalah apabila kita menjalani ujian untuk mengambil lesen motorsikal kalau boleh kita ingin lulus  terus. Namun kadang kala kita gagal. 

Kebiasaan pelajar yang mengambil ujian motosikal gagal di bahagian dua iaitu titi, brek kecemasan dan selekoh tajam.

Punca utama   gagal di titi kerana kita  terjatuh samada dipermulaan titi,di pertengahan  titi atau di penghujung titi. Kenapa boleh terjatuh? Anda tidak fokus pada oleh gerak ini dengan betul. Anda tidak bersedia, tidak cukup tenaga dan anda mudah panik meyebabkan anda tidak boleh mengawal emosi,degupan jantung seterusnya daya tumpuan anda di atas titi terganggu dan sudah tentu anda tidak dapat mengawal motosikal dengan baik. Ini bermakna anda tidak mahir menseimbangkan pergerakan badan dan mengawal motosikal di jalan yang tidak rata dan tinggi serta sempit. Ini akan merbahayakan kepada diri sendiri dan pembonceng anda jika terjatuh.

Punca lain kita  tidak dapat mencapai masa menunggang di atas titi melebihi 7 saat. Jika ini berlaku membuktikan  kita masih belum  mahir  memperlahankan motosikal dan menseimbangkan badan dan motosikal. Dalam  fikiran kita  untuk mengelakkan dari terjatuh kita perlahankan  motosikal sedangkan kita  tidak sedar yang masa  kita  telah melebihi  7 saat  dan sudah pasti kita gagal sebab syarat masa sekurang-kurangnya 7 saat di atas titi.

Manakala dibahagian brek kecemasan pula kita gagal melakukan dengan sempurna kerana terjatuh ketika membrek di dalam petak berhenti.Puncanya kita  tidak mahir mengawal keseimbangan berat badan dan kawalan motosikal kita  sebaik saja kita  menekan brek kaki dan menarik brek tangan serentak.

Akibatnya kita gagal  berhenti dengan betul dan tayar motosikal hadapan melepasi garisan berhenti yang berada di hadapan sekali. Begitu juga kita  berhenti dengan baik dan terlanggar tebing di kiri dan kanan. Ini dikira sebagai berlaku kemalangan.

Terdapat juga mereka yang gagal ujian  di 2 selekoh tajam ialah kerana anda terlanggar tebing dan kaki anda terjatuh menahan tebing jalan. Anda dikira sebagai tidak mahir mengawal diri dan motosikal ketika berada di jalan yang berselekoh dan berliku.Ini merbahaya dan boleh menyebabkan kemalangan jika berada di jalanraya.


Apa yang penting sebelum kita memasuki ujian ini kita perlu menjalani latihan dengan baik mengikut segala tunjuk ajar cikgu. Apabila kita telah menjalani latihan dengan baik ianya akan memberikan keyakinan kepada kita untuk melakukan yang terbaik dan pastinya kita tidak takut dan gementar. Ini pastinya dapat membantu kita untuk lulus ujian ini.



Bagi mereka yang tinggal di sekitar Padang Serai,Tasek Gelugor,Kulim dan Kuala Ketil  yang ingin mengambil  lesen kereta,motosikal dan OKU boleh datang terus     ke Pejabat Institut Memandu Sinar di belakang stesyen  minyak Shell,Jalan Kulim- Padang Serai .Program myLESEN  untuk lesen motosikal dengan bayaran     RM299.00 masih berjalan.


Institut Memandu Sinar merupakan PUSAT SEHENTI dimana semua urusan pembelajaran dan ujian akan dijalankan di sini. Institut Memandu Sinar  mempunyai  pasarana yang baru serta mempunyai tenaga pengajar  yang profesional dan peramah dan pastinya akan memberikan keselesaan kepada peserta kursus.

Keterangan lanjut  sila hubungi talian 04-485 1125 atau  04-572 1125


Sekiranya anda lapang boleh juga layari FB Page kami.


Comments