MENUKAR TAYAR KERETA


Dalam sukatan pelajaran belajar memandu peserta kursus juga  dibekalkan ilmu menukar tayar kereta. Memang ini penting apabila kita ke mana-mana tiba-tiba tayar kereta atau kenderaan pancit. Apa yang harus kita lakukan?

Sekiranya tayar pancit dalam perjalanan, kita perlu kawal stereng dengan kemas dan brek perlahan-lahan. Pandu  kereta keluar dari jalan raya dan letak di tempat yang rata.

a.    Langkah-langkah Keselamatan

i.              Pastikan kenderaan berada pada jarak yang selamat daripada jalan raya. Cari kawasan yang rata atau mendatar supaya kenderaan berada dalam keadaan stabil semasa menukar tayar.

ii.             Pastikan enjin kenderaan dimatikan, brek tangan terpasang dan gear dalam kedudukan ‘p’.

iii.            Sendalkan tayar dengan objek keras seperti batu=bata, kayu dan lain-lain.

iv.           Letakkan ‘Amaran Segi Tiga’ lebih kurang 15 meter di belakang kenderaan.


b.    Cara Menukar Tayar

i.              Tanggalkan penutup roda dan longgarkan nat menggunakan spanar tayar dengan memusing mengikut arah lawan pusingan jam.

ii.             Letakkan jek pada kedudukan yang betul di bahagian sisi berdekatan dengan tayar yang hendak ditukar.


iii.            Naikkan badan kenderaan menggunakan jek sehingga roda tergantung9bergantung kepada jenis yang digunakan).

iv.           Pastikan kenderaan stabil dengan menggoyangkan sedikit badanb kenderaan sebelum memulakan kerja.

v.            Tayar yang dibuka hendaklah diletakkan dibawah kenderaan sebagai keselamatan sekiranya jek terbalik atau rosak.

vi.           Pasangkan tayar ganti dengan ketatkan kesemua nat menggunakan tangan dengan memusing mengikut arah pusingan jam.

vii.          Turunkan badan kenderaan menggunakan jek dan ketatkan nat sekali lagi dengan menggunakan spanar tayar.



Bagi mereka yang tinggal di sekitar Padang Serai,Tasek Gelugor,Kulim dan Kuala Ketil  yang ingin mengambil  lesen kereta,motosikal dan OKU boleh datang terus  ke Pejabat Institut Memandu Sinar di belakang stesyen  
minyak Shell,Jalan Kulim- Padang Serai .Program myLESEN 
untuk lesen motosikal dengan bayaran 
RM299.00 masih berjalan.


Institut Memandu Sinar merupakan PUSAT SEHENTI dimana semua urusan pembelajaran dan ujian akan dijalankan di sini. Institut Memandu Sinar 
mempunyai  pasarana yang baru serta mempunyai tenaga pengajar 
yang profesional dan peramah dan pastinya akan memberikan 
keselesaan kepada peserta kursus.


Keteranganlanjut silahubungi talian 04-485 1125 atau  04-572 1125


Sekiranya anda lapang boleh juga layari FB Page kami.


Comments