MEMOTONG KENDERAAN LAIN DENGAN SELAMAT


Ketika kita memandu di jalan raya kita tidak dapat tidak kena memotong sesuatu kenderaan yang berada di hadapan kita.  Kita perlu motong kenderaan yang berada di hadapan kita bergerak terlalu perlahan. Kita juga perlu memotong apabila kenderaan di hadapan menukar haluan. Pastinya kita kena motong kenderaan di hadapan yang mungkin boleh menyebabkan kemalangan.

Bagi memotong sesuatu kenderaan di hadapan dengan selamat kita perlu mengamalkan rutin selamat memandu CITO. Peraturan memotong terbahagi kepada tiga bahagian iaitu :

A.                  Sebelum Memotong
B.                  Semasa memotong
C.                  Selepas memotong

A.      SEBELUM MEMOTONG

i.                     Pastikan jarak mengokori selamat.

ii.                   Periksa di hadapan  ( 12 saat).

iii.         Mengamalkan rutin CITO dengan memeriksaan bahagian di belakang dan sisi  bagi mendapatkan maklumat sebelum ke kanan.

iv.                 Bergerak ke kanan
-          Jangan tergesa-gesa semasa menukar lorong
-          Bergerak apabila di dapati selamat

Berhati-hati memotong elak pertembungan

B.      SEMASA MEMOTONG

i.   Lajukan kenderaan melepasi kenderaan yang hendak dipotong supaya tidak menganggu lalu lintas daripada belakang.

ii.       Pastikan ruang selamat dengan kenderaan yang dipotong sekurang-kurangnya 1 meter ( 3 Kaki).

iii.       Gunakan hon atau lampu untuk berkomunikasi dengan kenderaan yang dipotong.


C.      SELEPAS MEMOTONG

i.       Mengamalkan rutin CITO dengan memeriksa di bahagian belakang dan sisi bagi mendapatkan maklumat sebelum bergerak ke kiri.

ii.                   Bergerak ke kiri ,
-          Jangan tergesa-gesa ketika menukar lorong
-    Bergerak apabila dapat melihat   bahagian hadapan kenderaan yang dipotong melalui cermin sisi kiri.

iii.                  Menyambung perjalanan dengan mengekalkan posisi serta kelajuan yang sesuai.




Bagi mereka yang tinggal di sekitar Padang Serai,Tasek Gelugor,Kulim dan Kuala Ketil  yang
 ingin mengambil  lesen kereta,motosikal dan OKU boleh datang terus  ke Pejabat Institut 
Memandu Sinar di belakang stesyen minyak Shell,Jalan Kulim- Padang Serai .
Program myLESEN untuk lesen motosikal dengan 
bayaran RM299.00 masih berjalan.

Institut Memandu Sinar merupakan PUSAT SEHENTI dimana semua urusan pembelajaran 
dan ujian akan dijalankan di sini. Institut Memandu Sinar mempunyai  pasarana 
yang baru serta mempunyai tenaga pengajar yang profesional 
dan peramah dan pastinya akan memberikan
 keselesaan kepada peserta kursus.

Keteranganlanjut silahubungi talian 04-485 1125 atau  04-572 1125


Sekiranya anda lapang boleh juga layari FB Page kami.

Comments