FAKTOR YANG MENYEBABKAN KEMALANGAN

Tidak ada sesiapa pun ingin terlibat dalam kemalangan begini

SEMUA orang yang menggunakan jalan raya tidak inginkan kemalangan. Kemalangan boleh mengakuibatkan kematian dan kecederaan. Terdapat beberapa factor yang boleh menyebabkan kemnalangan. Sebagai pemandu yang berhemah  kita perlu mengenal pasti punca yang menyebabkan kemalangan.

Dalam hal ini pemandu merupakan factor terpenting yang menyebabkan kemalangan. Kemalangan akan mudah berlaku sekiranya pemandu memandu dalam keadaan fizikal yang letih, fikiran dan emosi yang tertekan. Jadilah elakanlah diri  untuk memandu jika keadaan kita begitu. Pastikan mental fizikal kita baik sebelum memandu.



Pemandu juga kemna pastikan yang dia bebas dari pengaruh alcohol dan dadah, jadi jangan sekali-kali memandu selepas minum minuman keras dan di bawah pengaruh dadah. Begitu juga menggunakan ubat yang tidak mendapat kelulusan doctor apabila menghadapi masalah kesihatan juga amat memerbahaya. Ini bukan saja membahayakan diri kita sebagai pemandu malah membahayakan penggu jalan raya lainya.

Pemandu juga harus berhati-hati dan bjikan menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca dan keadaan jalan yang berubah. Disamping itu amalkan peraturan dua saat atau empat saat semasa mengekori kenderaan lain. Ini penting  apabila kenderaan dihadapan kita  menghadapi masalah kita  sempat untuk bertindak.


Jangan sekali-kali memotong di kawasan larangan. Pihak berkuasa telah mengenal pasti kawasan-kawasan tersebut bahaya. Pemandu perlu sentiasa mengamalkan rutin CITO semasa memandu bagi mempastikan kita memandu dalam keadaan selamat.

Pemandu juga perlu sentiasa bersabar dan bertimbang rasa serta patuhi tanda-tanda isyarat jalan raya. Sekiranya semua pemandu mengamalkan ciri-ciri yang dinyatakan pasti boleh mengurangkan kemalangan dan pastinya mampu mengelak kehilangan nyawa dan kecederaan

Faktor kedua yang boleh menyebabkan kemalanggan jalan raya ialah jalan. Jalan memang dibina supaya kenderaan dapat bergerak dengan selamat dan selesa. Namun jalan-jalan akan rosak akibat kesan-kesan dari hujan, tumpahan minyak dan sebagainya.

Jadi ikut dan sesuaikan kelajuan mengikut keadaan jalan dan had laju yang ditetapkan kerana setiap jalan yang dibina dengan mengikut spesifikasi kelajuan dan aliran trafik. Kurangkan kelajuan semasa hujan , jalan lincin, rosak tidak rata dan sebagainya. Pemandu juga perlu pastikan tidak memotong jalan yang sempit dan elak juga melalui lopak air kerana kita tidak mengetahui kedalamannya.

Faktor ketiga adalah fak tor kenderaan pemantu perlu mempastikan kenderaan sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat untuk dipandu kerana kenderaan yang tidak berfungsi dengan baik boleh mengakibatkan kemalangan.

Pastikan brek , lampu, lampu brek dan lampu isyarat serta hon berfungsi dengan baik. Tayar dan pengelap cermin juga perlu dalam keaadaan baik. Pastikan tali pinggang keledar boleh digunakan dan di padsang ketika memandu. Ujilah brek, lampu isyarat dan sesuaikan diri dengan keadaan kenderaan sebelum memandu. Ini penting bagi mempastikan kita dapat memandu dengan selesa dan menjamin keselamatan kita.

Faktor keempat yang boleh mengakibatkan kemalangan ialah cuaca. Cuaca buruk boleh mempengaruhi pemanduan kerana akan menganggu penumpuan, pandangan kurang jelas serta jarak memberhentikan kenderaan akan bertambayh. Sekiranya cuaca tersangat buruk  baik sekirangnya pemandu mencari tempat yang selamat untuk berhenti pemanduan.

Diyakini sekiranya semua pemandu memaikan peranan masing-masing dan berhati dan mengambil kira dan memberikan perhatian factor yang menyebabkan kemalangan pasti mampu mengurangkan kadar kemalangan dan kematian akibat kemalangan. Pastinya tidak siapa yang mahu terlibat dalam kemalangan jesteru itu pastikan kita mengamalkan pemanduan berhebah dan mengikut ciri-ciri keselamatan  yang telah dinyatakan.


Bagi mereka yang ingin mengambil lesen motorsikal boleh datang terus ke pejabat Institut Memandu Sinar di belakang Stesen Minyak Shell Jalan Kulim Padang Serai. Datang sekarang kerana Program myLESEN masih berjalan dengan hanya RM299.00. Keterangan lanjut boleh berhubung ditalian 04-485 1125 dan 04-572 1125.


Boleh juga layari FB Page :



Comments